Kekayaan dalam Islam bukan dilihat kepada pemilikan harta yang banyak tetapi memiliki kaya hati iaitu sentiasa merasa cukup dengan setiap rezeki yang dimiliki, redha dan tidak tamak.
Daripada Abu Hurairah dari Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah Kaya Hari (selalu merasa cukup).” (HR Bukhari 6446)
Semoga Allah SWT menjadikan kita seorang pemilik hati yang sentiasa kaya dengan sifat merasa cukup dengan harta yang dimiliki namun sentiasa merasa miskin dengan amal-amal yang soleh.
Ramai orang diluaskan rezekinya, tapi masih miskin jiwa. Tidak pernah cukup, sentiasa mahu lebih, hingga sanggup abaikan dari mana sumbernya.
Hakikatnya, kekayaan yang sebenar bukan pada banyaknya harta, tetapi pada keadaan hati seseorang yang sentiasa merasa cukup (qana'ah) dan bersyukur kepada Allah SWT dengan rezeki yang dimiliki.