BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cinta Tuhan Cinta Yang Hakiki

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31





Manusia mudah mencintai sesuatu yang dipandang mata
Juga manusia mudah mencintai sesuatu yang boleh difikirkan
Sedangkan mencintai sesuatu yang dilihat oleh mata
Atau yang mudah dapat difikirkan
Adalah cinta murahan
Mencintai yang dapat dikesan oleh hati atau jiwa, payah dikesan
Kerana akal dan mata selalunya membutakan hati
Selalunya akal dan mata membunuh jiwa
Kerana itulah hati dan jiwa tidak kenal Tuhannya
Lantaran itulah Tuhan sudah tidak dirindui dan dicintai
Padahal Tuhan itulah cinta yang hakiki dan sejati
Cinta Tuhan cinta yang kekal abadi
Cinta Tuhan, cinta yang membawa kebahagiaan yang berkekalan
Cintakan Tuhan adalah cinta martabat tertinggi
Rafiqul A�la, Sahabat Yang Tinggi Lagi Setia
Mencintai Rafiqul A�la tidak pernah kecewa
Mencintai Tuhan tidak pernah mengkhianati kita
Cinta yang menjadi pembela kita
Cinta yang menjadi pelindung kita di mana-mana
Cinta yang menyelamatkan kita dunia Akhirat
Cinta agung yang tidak ada tandingan dan bandingannya
Cinta yang kalau orang tahu
Bukan sahaja harta dan tenaga bahkan nyawa orang korbankan
 
aku dh alami...
aku terlampau sayang dan cintakan manusia pada masa dahulu...
sehingga aku mengabaikan penciptaku...
dan bila cinta dan sygku ditarik pada ketika itu..
baru aku sedar, cinta manusia tidak kekal...
cinta hakiki aku cuma Allah s.w.t...

ketika itu aku menangis sendirian mengenangkan kesilapan aku,
cinta manusia buat aku leka, lalai, terlalu mengagungkan manusia,
bila aku terduduk kecewa, mcm2 perasaan datang,
lama aku cuba memulihkan kembali semangat aku yg telah hilang tu,

sehingga aku duduk di sejadah, memohon kepada penciptaku,
menginsafi segala kesilapan diri, mengejar cinta hakiki itu lebih penting,
kerna jika aku cinta kepada hakiki, insyaAllah aku akan diberi lebih baik
dari apa yg aku ada dahulu...

sekarang, aku cuba bangkit, lupakan kisah lalu,
lebih dekatkan diri dengan penciptaku,
lebih sentiasa bersedia utk apa jua kemungkinan dlm kehidupanku,
dulu, kekecewaan aku mengatasi segala-galanya,
disebabkan aku tidak bersedia,
sekarang aku lebih bersedia, aku belajar dari pengalaman lalu,
aku berharap agar aku lebih tabah, lebih kuat,

semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi aku...
yang lalu biarlah ia berlalu,
jadikan ia panduan hidupku yang baru...
 
Back
Top
Log in Register