BTC USD 82,316.8 Gold USD 4,169.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kejayaan mahathir mohammad

tak jugak.
aku bermula dengan absolute ignorance about politics.
memang tak ambil pot langsung.

tapi bila aku mula meneroka alam dewasa, aku terdedah dengan che guevara & revolusi cuba, konfrontasi, isu sukarno & PKI, Soe Hok Gie, rejim suharto, black sunday, IRA, george orwell, anthony burgess etc. Aku mula berfikir untuk apa diorang semua ni terlibat dengan benda-benda ni semua. Aku cuba faham apa itu sosialisme, komunisme, kapitalisme, demokrasi etc. Tapi aku masih tak nampak kemana benda ni semua. politik pada aku masih konsep yang asing. Apa yang aku teroka aku simpan dalam memori, untung-untung ada masa aku akan faham sendiri nanti.

Kemudian aku jadi bapak angkat kepada seorang budak perempuan kecil. Aku mula menyelami naluri seorang bapa. Aku mula nampak sikit-sikit tempat ideologi dan fahaman dalam diri manusia.

Dan kemudian datang 1998.

Aku nampak sendiri percaturan politik. Aku dah mula boleh baca apa yang tersirat di sebalik apa yang disuratkan. Setiap polisi kerajaan mula memberikan kesan langsung kepada hidup aku. Hidup sebagai kanak-kanak dan remaja kebal dari politik. Walaupun memberi kesan secara langsung, kau kebal kerana mental kau belum disediakan untuk sedar perkara tu semua.

Bahan-bahan politik yang tersebar masa zaman reformasi jadi sarapan dan makan malam. Tidak cukup dengan membaca, aku keluar dan lihat sendiri apa yang sedang terjadi. Aku ke bangi, gombak, bangsar, aku perhatikan semua.

Bila aku sedikit yakin, aku mula turun ke dataran merdeka dan kawasan sekitar Central Market.

Pesta suara rakyat jadi aktiviti ko-kurikulum wajib. Tyranny polis jadi bukti. Aku tak perlu berpaling lagi. Aku sekarang sedar, di Malaysia ini semuanya sandiwara. Skrip-skrip politik semua aku dah hafal. Hijab dah terbuka.

Kenapa aku masih kasi tempat pada UMNO.

fikiran harus objektif. Orang-orang macam Dato Shahrir patut ada tempat dia sendiri. Dia patut mendapat kredit. Pada aku dia ikhlas berjuang untuk bangsa, kenapa aku harus demonize dia kerana platform yang dia pilih. Yang penting ikhlas & perjuangan itu seiring. Dia masih percaya UMNO boleh diselamatkan, terserah pada dia. Dia aku hormat, partinya, hmmm... macam kayu yang dah kena makan anai-anai. Anai-anai tak makan semua bahagian kayu. Dia tinggalkan sikit-sikit supaya kayu tu masih nampak cantik di luar, dan bahagian dalam seperti span supaya masih mengekalkan form kayu tu. Tapi sekali pijak hancus. Selamat Berjaya.

Aku tak terhutang budi dengan UMNO.

Takde pernahnya aku dengar "berjuang untuk agama, bangsa, negara dan parti chap X".

jadi untuk agama, bangsa, negara, pandai-pandailah guna kuasa yang ada ditangan. persetankan apa parti pun, janji kepentingan 3 perkara tu terjaga.

takde diktator yang kalau nak meluaskan empayar, bertitah kepada tentera "kau serang negara A untuk AKU". semua akan mengatasnamakan agama, negara dan bangsa.

selagi UMNO penuh dengan manusia-manusia korup, pentingkan diri, aku tak nampak sebab kenapa UMNO patut disokong.

Tun Abdul Razak lain... kau tengok projek-projek T.A. Razak bandingkan dengan projek-projek Tun Mahathir.

Orientasi adalah untuk rakyat, bukan untuk suku sakat. Objektif rakyat, pengisian rakyat.

Pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup, pengimarahan ilmu, bahasa berkembang, budaya mekar.

Kasi aku satu projek T.A. Razak yang layak digelar monolith.

Kasi aku 10 projek Mahathir yang layak dituduh monolith. Kosmetik plastik. Setakat untuk bermegah dan impress orang-orang kampung.

Pak Lah? Mahathir wannabe.

Najib? Wa cakap sama lu, anak sama pak tak sama tau. Pak baik, anak belum tentu baik.

KJ? Devil's Advocate. 666.

PAS? at least good governance. itu yang penting.

Kalau ada banjir, aku takkan derma duit kat tabung UMNO. Tengoklah tabung tsunami apa jadik. Itu baru satu kes. PPRT? Duit orang miskin pun nak rembat ke? bukan miskin, rakyat TERmiskin. Kes duit tabung haji? apa jadi?

Orang nak pergi haji pun duit nak songlap.

Dah cukup.

Malas.

yang ni kawe sokong pak megat, :)cgrock
 
Banyak yang aku belaja daripada tulisan Megat Sri Rama ...
Tq Bro... salute
 
Last edited:
orang pas pun sama jer dlm derma nie....kt kawasan aku,anak beranak pas jer yg dpt....ramai org yg susah xdpt....hampeh!!!...umno pas sama jer!!!! sama2 gila duit.....saper skang nie buat kerja xnk duit??? buat kerja secara sukarela,mana ada beb!!!....pemerintahan tidak akan terus baik,malah akan sentiasa menjadi makin buruk hinggalah kiamat..selepas kematian nabi muhammad s.a.w sudah tidak ada pemerintahan yg adil....kalau dulu mahathir dicerca,ingat paklah okey skit,malah pak lah lebih teruk...kalau pas memerintah???berapa ramai calon pas yg dijamin berkaliber?...skang bleh ckp sebab belum pernah handle project jutaan ringgit....bila dh dpt...kopiah pun tercabut,janggut pun tercukur....semua sama,xyah duk kata dlm umno jer....
 
suka aku dgn tulisan megat. terus terang aku cakap, posting megat penuh isi. respect laa kt ko bro.. :)cgrock

aku respek posting megat bukan sebab pendapatnya menyebelahi PAS yang aku sokong, tapi aku respek kerana dia bagi pendapat dgn cara berhemah dan penuh pengisian. bukan seperti forumer2 lain (especially forumer pro-kerajaan) kebanyakannya hanya pandai gebang aje. tapi tak semua begitu. ada gak forumer pro-kerajaan yang baik. :)
 
Hebat awok ni..berani nak sepak mahathir tuh..kecek ko alam maya boleh la aweh..secara hakikatnya penakut hampah.. bakpo desperado sgt, ore umno tak tajin royat nak sepak nik aziz,nak sepak hj hadi..ish ish ish..mace mano la nak mene ngundi,kecek pong supo ore tok pok

1. saya dijemput ke satu thread khas untuk saya dan YB peecock untuk berborak politik. saya masuk dan saya cuba buat yang terbaik. maka terjebaklah saya untuk berbicara politik dengan panjang lebar. janganlah suruh saya keluar dari internet hanya kerana saya berbincang politik. saya bukan cyber-jedi PAS atau keadilan yang dihantar atas misi khusus. saudara juga kalau begitulah pegangannya, kenapa masih berada di alam maya.

2. saya kata "Ya, mahu rasanya saya sepak terajang beliau". mahu rasanya. jika ada peluang apa salahnya. orang umno sendiri pun dah ada yang mencederakan beliau secara fizikal, tak betul? setiap orang ada takuk tolerance nya sendiri. bagi saya kewarasan saya seringkali di tonjol-tonjol oleh dr m. saya tak tahu orang lain macam mana. saya tak tahan ditipu berhari-hari. orang yang tahu tembelangnya pecah, dengan selamba menipu lagi dan lagi, kan namanya buat orang marah. saya bukan orang suci. saya tak pernah kata atau menonjolkan imej manusia suci. saya marah saya sepak. kalau tak percaya tanya adik saya. saya tak sepak orang baik, saya sepak orang jahat. katakhijau orang baik, saya tak rasa nak sepak encik katakhijau.

3. buat apa nak sepak orang baik? FRU pun berani ke nak sepak nik aziz? orang marah tengok nik aziz tu sejuk je hati. Kalau ahmad sabu tu ramai orang umno nak sepak dia. mungkin kerana encik katakhijau tak pernah tanya dengan orang-orang umno.
 
orang pas pun sama jer dlm derma nie....kt kawasan aku,anak beranak pas jer yg dpt....ramai org yg susah xdpt....hampeh!!!...umno pas sama jer!!!! sama2 gila duit.....saper skang nie buat kerja xnk duit??? buat kerja secara sukarela,mana ada beb!!!....pemerintahan tidak akan terus baik,malah akan sentiasa menjadi makin buruk hinggalah kiamat..selepas kematian nabi muhammad s.a.w sudah tidak ada pemerintahan yg adil....kalau dulu mahathir dicerca,ingat paklah okey skit,malah pak lah lebih teruk...kalau pas memerintah???berapa ramai calon pas yg dijamin berkaliber?...skang bleh ckp sebab belum pernah handle project jutaan ringgit....bila dh dpt...kopiah pun tercabut,janggut pun tercukur....semua sama,xyah duk kata dlm umno jer....

jangan cakap macam tu...

kalau semua orang nak duit, orang tau di mana ada lubuk duit. ada duit ada kerja, takde duit takde kerja.

dengar ceramah parti miskin, kena kasi duit. kalau kat johor kena cerca tu. "apa la datang mintak duit, boleh senang ke rakyat kalau dia memerintah. belum memerintah dah mintak duit". tapi pergi jugak dengar.

ceramah parti kaya, takde duit takde jajan takde jamuan, sorry buang masa.

jangan selective encik faiz. lihat betul-betul. pas dah 15 tahun memerintah kelantan.

di terengganu pas tanpa duit royalti minyak, boleh turunkan jumlah rakyat miskin dari 17.3% (1999) jadi 10.4% (2003).

pada 2006 setelah UMNO memerintah rakyat miskin naik semula kepada 15.4%.

apa sudah jadi? duit sudah banyak. rakyat semakin miskin.

PAS cuba tidak meninggalkan agama. UMNO pun cuba perkara yang sama.

UMNO di terengganu bina entah berapa banyak masjid sebagai taman tema, kontraktornya seorang cina teman baik AAB, dengan kos ratusan juta ringgit.

sedangkan rakyat makin terhimpit. jika diambil kira kenaikan harga minyak, tahun 2007/2008 semakin ramai rakyat yang miskin.

ironinya, terengganu menyumbang sekurang-kurangnya 70% dari pengeluaran minyak negara! tapi rakyat terengganu miskin kerana petroleum itu sendiri.

encik faiz baca tidak thread mengenai Johor diambang bangkupsi? saya ada menyatakan dengan jelas, bersumber kerajaan sendiri, kepincangan ekonomi 4 negeri BN.

Perlis sehingga nak bayar hutang kepada TNB RM600,000 pun terkencet sampai seluruh perlis bergelap di jalan raya.

Johor hampir muflis.

Kelantan dengan elegan membayar semula hutang kepada kerajaan pusat.

Kelantan di bawah PAS memungut 2.5 kali ganda lebih banyak hasil hutan dengan pengeluaran yang hanya 4% daripada yang UMNO buat.

good governance. telus dan efisien.
 
skang bleh ckp sebab belum pernah handle project jutaan ringgit....bila dh dpt...kopiah pun tercabut,janggut pun tercukur....

Suhakam mengecam tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH secara kasar walhal tidak ada kekacauan berlaku.

Lebih kurang begini bunyinya "Pertuduhan dan tindakan adalah berdasarkan bukti, bukan imaginasi atau spekulasi".

mana lebih sedap dipandang mata encik faiz, merah atau hijau? jangan bohong, tuhan tahu.
 
teruskan megat! saya sokong cara megat menjawab persoalan2 dan tohmahan2 dari forumer yang lain. respek pada bro... :)cgrock
 
Betul tu,semua sama je..tapikan kawe raso kita kena beprinsip jugoklah,kena pilih juga hok mano kito raso bulih membela nasib pok2 melayu dan m'sia.
kalu sekadar tak nak ber'affiliasi' dgn mana2 parti, lebih baik kito tak payoh masuk forum ni bagi pendapat.bagi kawe loni, kawe lebih berat ko parti govt

buat apa gali lubang kubur sendiri.

tiada empayar yang tahan selamanya.

kalau saya berafiliasi dengan parti saya akan end up seperti banyak orang UMNO hari ni, sedar UMNO telah menyasar, tapi terlalu [pilih satu : sayang | ego | malu] untuk meninggalkan parti.

orang melayu kata air dicincang takkan putus.

saya berpegang kepada melayu saya (dan melayu saya itu 100% muslim, non muslim saya tak iktiraf melayu, jadi ia bukan assabiyah).

PAS boleh karam, UMNO boleh karam. Takkan Melayu Hilang di Dunia.

apa-apa yang menguntungkan bangsa saya, menguntungkan saya dan keturunan saya.

jahanam bangsa saya, jahanamlah keturunan saya. na'uzubillah.

susah ke nak faham?
 
jangan cakap macam tu...

kalau semua orang nak duit, orang tau di mana ada lubuk duit. ada duit ada kerja, takde duit takde kerja.

dengar ceramah parti miskin, kena kasi duit. kalau kat johor kena cerca tu. "apa la datang mintak duit, boleh senang ke rakyat kalau dia memerintah. belum memerintah dah mintak duit". tapi pergi jugak dengar.

ceramah parti kaya, takde duit takde jajan takde jamuan, sorry buang masa.

jangan selective encik faiz. lihat betul-betul. pas dah 15 tahun memerintah kelantan.

di terengganu pas tanpa duit royalti minyak, boleh turunkan jumlah rakyat miskin dari 17.3% (1999) jadi 10.4% (2003).

pada 2006 setelah UMNO memerintah rakyat miskin naik semula kepada 15.4%.

apa sudah jadi? duit sudah banyak. rakyat semakin miskin.

PAS cuba tidak meninggalkan agama. UMNO pun cuba perkara yang sama.

UMNO di terengganu bina entah berapa banyak masjid sebagai taman tema, kontraktornya seorang cina teman baik AAB, dengan kos ratusan juta ringgit.

sedangkan rakyat makin terhimpit. jika diambil kira kenaikan harga minyak, tahun 2007/2008 semakin ramai rakyat yang miskin.

ironinya, terengganu menyumbang sekurang-kurangnya 70% dari pengeluaran minyak negara! tapi rakyat terengganu miskin kerana petroleum itu sendiri.

encik faiz baca tidak thread mengenai Johor diambang bangkupsi? saya ada menyatakan dengan jelas, bersumber kerajaan sendiri, kepincangan ekonomi 4 negeri BN.

Perlis sehingga nak bayar hutang kepada TNB RM600,000 pun terkencet sampai seluruh perlis bergelap di jalan raya.

Johor hampir muflis.

Kelantan dengan elegan membayar semula hutang kepada kerajaan pusat.

Kelantan di bawah PAS memungut 2.5 kali ganda lebih banyak hasil hutan dengan pengeluaran yang hanya 4% daripada yang UMNO buat.

good governance. telus dan efisien.

Mana demo dpt figure tu semua...Kalau setakat rekaan tak guna..
kasik link la.. takpun kasik reference
 
Back
Top
Log in Register