Wea Izre
Legendary Member

- Messages
- 14,042
- Joined
- Apr 13, 2007
- Messages
- 14,042
- Reaction score
- 34
- Points
- 120
tak jugak.
aku bermula dengan absolute ignorance about politics.
memang tak ambil pot langsung.
tapi bila aku mula meneroka alam dewasa, aku terdedah dengan che guevara & revolusi cuba, konfrontasi, isu sukarno & PKI, Soe Hok Gie, rejim suharto, black sunday, IRA, george orwell, anthony burgess etc. Aku mula berfikir untuk apa diorang semua ni terlibat dengan benda-benda ni semua. Aku cuba faham apa itu sosialisme, komunisme, kapitalisme, demokrasi etc. Tapi aku masih tak nampak kemana benda ni semua. politik pada aku masih konsep yang asing. Apa yang aku teroka aku simpan dalam memori, untung-untung ada masa aku akan faham sendiri nanti.
Kemudian aku jadi bapak angkat kepada seorang budak perempuan kecil. Aku mula menyelami naluri seorang bapa. Aku mula nampak sikit-sikit tempat ideologi dan fahaman dalam diri manusia.
Dan kemudian datang 1998.
Aku nampak sendiri percaturan politik. Aku dah mula boleh baca apa yang tersirat di sebalik apa yang disuratkan. Setiap polisi kerajaan mula memberikan kesan langsung kepada hidup aku. Hidup sebagai kanak-kanak dan remaja kebal dari politik. Walaupun memberi kesan secara langsung, kau kebal kerana mental kau belum disediakan untuk sedar perkara tu semua.
Bahan-bahan politik yang tersebar masa zaman reformasi jadi sarapan dan makan malam. Tidak cukup dengan membaca, aku keluar dan lihat sendiri apa yang sedang terjadi. Aku ke bangi, gombak, bangsar, aku perhatikan semua.
Bila aku sedikit yakin, aku mula turun ke dataran merdeka dan kawasan sekitar Central Market.
Pesta suara rakyat jadi aktiviti ko-kurikulum wajib. Tyranny polis jadi bukti. Aku tak perlu berpaling lagi. Aku sekarang sedar, di Malaysia ini semuanya sandiwara. Skrip-skrip politik semua aku dah hafal. Hijab dah terbuka.
Kenapa aku masih kasi tempat pada UMNO.
fikiran harus objektif. Orang-orang macam Dato Shahrir patut ada tempat dia sendiri. Dia patut mendapat kredit. Pada aku dia ikhlas berjuang untuk bangsa, kenapa aku harus demonize dia kerana platform yang dia pilih. Yang penting ikhlas & perjuangan itu seiring. Dia masih percaya UMNO boleh diselamatkan, terserah pada dia. Dia aku hormat, partinya, hmmm... macam kayu yang dah kena makan anai-anai. Anai-anai tak makan semua bahagian kayu. Dia tinggalkan sikit-sikit supaya kayu tu masih nampak cantik di luar, dan bahagian dalam seperti span supaya masih mengekalkan form kayu tu. Tapi sekali pijak hancus. Selamat Berjaya.
Aku tak terhutang budi dengan UMNO.
Takde pernahnya aku dengar "berjuang untuk agama, bangsa, negara dan parti chap X".
jadi untuk agama, bangsa, negara, pandai-pandailah guna kuasa yang ada ditangan. persetankan apa parti pun, janji kepentingan 3 perkara tu terjaga.
takde diktator yang kalau nak meluaskan empayar, bertitah kepada tentera "kau serang negara A untuk AKU". semua akan mengatasnamakan agama, negara dan bangsa.
selagi UMNO penuh dengan manusia-manusia korup, pentingkan diri, aku tak nampak sebab kenapa UMNO patut disokong.
Tun Abdul Razak lain... kau tengok projek-projek T.A. Razak bandingkan dengan projek-projek Tun Mahathir.
Orientasi adalah untuk rakyat, bukan untuk suku sakat. Objektif rakyat, pengisian rakyat.
Pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup, pengimarahan ilmu, bahasa berkembang, budaya mekar.
Kasi aku satu projek T.A. Razak yang layak digelar monolith.
Kasi aku 10 projek Mahathir yang layak dituduh monolith. Kosmetik plastik. Setakat untuk bermegah dan impress orang-orang kampung.
Pak Lah? Mahathir wannabe.
Najib? Wa cakap sama lu, anak sama pak tak sama tau. Pak baik, anak belum tentu baik.
KJ? Devil's Advocate. 666.
PAS? at least good governance. itu yang penting.
Kalau ada banjir, aku takkan derma duit kat tabung UMNO. Tengoklah tabung tsunami apa jadik. Itu baru satu kes. PPRT? Duit orang miskin pun nak rembat ke? bukan miskin, rakyat TERmiskin. Kes duit tabung haji? apa jadi?
Orang nak pergi haji pun duit nak songlap.
Dah cukup.
Malas.
yang ni kawe sokong pak megat,