BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kegiatan Pembuatan Arak Tiruan Di Putrajaya Tumpas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kegiatan Pembuatan Arak Tiruan Di Putrajaya Tumpas​

5c416a7f7690281bb7a74c4fe559886d6aa2b1167e410

Kredit: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya membongkar kegiatan pembuatan dan pengedaran arak yang disyaki tiruan menerusi satu operasi khas di sebuah premis di Presint 9 di sini, Isnin lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata operasi hasil risikan dan perkongsian maklumat antara KPDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan tujuh pegawai penguat kuasa KPDN bersama seorang pegawai kanan dan 13 anggota PDRM.

"Hasil pemeriksaan menemukan 1,262 botol minuman keras pelbagai jenama dipercayai siap untuk diedarkan, ribuan botol kosong dan bancuhan disyaki arak, pati alkohol, pati karamel serta pati perisa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut disita dua mesin penutup botol, sebuah pam, pelbagai label, penutup botol dan bahan pembungkusan serta satu gulung pelekat yang menyerupai pelekat cukai kastam.

Sebuah kenderaan dan beberapa unit telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut turut disita, menjadikan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM206,630.

Azman berkata seorang lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam ditahan bagi membantu siasatan.

"Penemuan minuman keras siap dibotolkan bersama bahan mentah, peralatan pembotolan, botol kosong, label dan bahan pembungkusan dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan menghasilkan dan membungkus minuman keras sebelum diedarkan ke pasaran.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rantaian pengedaran dan pihak lain yang terlibat," katanya dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019 (Akta 815).

Beliau berkata KPDN memandang serius kegiatan yang melibatkan penghasilan dan pengedaran barangan tiruan yang boleh mengelirukan pengguna serta menjejaskan kepentingan pemilik cap dagangan yang sah.

 
kalau tak silap, sapo2 yg jadi informer kasi info ttg arak, rokok, dadah & dapek buek rampasan, gomen akan kasi hadiah nilai 20% dpd hasil rampasan

betul ko maklumat ni? klu betol memang masyuk$$$ ekekeeke
 
Back
Top
Log in Register