BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedatangan Pelancong Domestik Di Perak Meningkat Tahun Lepas - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,176
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,176
Reaction score
346
Points
141

Kedatangan Pelancong Domestik Di Perak Meningkat Tahun Lepas - Exco​

606680399995bc5a881c50d8f5da97a2695d0391070c0

Loh Sze Yee

Kedatangan pelancong domestik bermalam ke Perak meningkat kepada 10.4 juta sepanjang tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding 10.2 juta pelancong domestik bermalam yang direkodkan pada 2024.

"Bagaimanapun, kedatangan pelancong antarabangsa mengalami penurunan lebih kurang 1.5 peratus pada tahun lepas.

"Antara punca kedatangan pelancong antarabangsa menurun adalah disebabkan kekurangan penerbangan bagi laluan Singapura-Ipoh selain krisis minyak global yang turut memberikan kesan kepada industri penerbangan," katanya.

Loh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pantai Timur Fest 2026 anjuran Tourism Malaysia yang dirasmikan Ketua Pengarahnya Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dilaporkan berkata dari segi destinasi, Selangor kekal sebagai negeri paling banyak dikunjungi pelawat domestik pada tahun lepas dengan 36.4 juta pelawat, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 35.1 juta pelawat dan Perak berjumlah 23.6 juta pelawat.

Sementara itu, Mohd Amirul Rizal dalam ucapan perasmiannya berkata Ipoh dipilih sebagai tuan rumah Pantai Timur Fest 2026 kerana kedudukannya yang strategik sebagai antara destinasi pelancongan utama negara.

"Pemilihan Ipoh juga membolehkan keunikan Kelantan, Terengganu dan Pahang diperkenalkan kepada khalayak yang lebih luas, khususnya pengunjung dari wilayah utara, tengah dan selatan Semenanjung Malaysia," katanya.

Pantai Timur Fest 2026 menghimpunkan 30 reruai pameran yang terdiri daripada pelbagai pengusaha industri pelancongan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 
Back
Top
Log in Register