combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pendekatan pelancongan berteraskan pematuhan syariah di Terengganu tidak menjejaskan kehadiran pelancong asing sebaliknya mencatatkan peningkatan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Datuk Razali Idris.
Beliau berkata jumlah kedatangan pelancong asing meningkat kepada 30 peratus berbanding 20 peratus pada tahun lepas.
Razali berkata pelancong dari negara seperti Australia, Itali dan beberapa negara Eropah lain antara yang merekodkan kunjungan tertinggi dengan memilih pulau peranginan sebagai destinasi percutian mereka.
"Pelancong asing ini boleh dikatakan hampir 90 peratus memilih untuk berkunjung ke pulau dan mereka faham Terengganu adalah destinasi mesra keluarga. Mereka turut menghormati budaya setempat termasuk berpakaian sopan ketika berada di kawasan awam dan pantai,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Beliau berkata faktor kebersihan dan keramahan pengusaha hotel serta inap desa, di samping keindahan alam semula jadi antara yang menjadi tarikan pelancong asing ke Terengganu.
“Mereka datang untuk menikmati keindahan pulau dan pantai, dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang merekodkan kunjungan tertinggi di Terengganu bagi penginapan bermalam manakala Pulau Kapas dan Pulau Tenggol untuk perjalanan sehari," katanya.
Menurut Razali, pulau-pulau di Terengganu turut diberi julukan khas dalam kalangan pelancong antarabangsa antaranya Pulau Perhentian dikenali sebagai Untouched Paradise, Pulau Tenggol (Black Gem Island), Pulau Kapas (The Experienced Island), Pulau Bidong (Pulau Warisan) dan Pulau Lang Tengah (Sand Coral).
Selain aktiviti sukan air dan rekreasi, pelancong turut berminat mempelajari loghat Terengganu serta mencuba makanan tradisional seperti nasi dan budu sekali gus menambah pengalaman unik sepanjang kunjungan mereka di negeri itu, katanya.
Sementara itu, Razali mengakui berlaku kekhilafan dalam aspek pengurusan kebersihan Masjid Kristal yang tular baru-baru ini hingga menjejaskan imej destinasi ikonik berkenaan.
Kedatangan Pelancong Asing Ke Terengganu Meningkat - Exco
pelancong, asing, percutian, pilihan, Terengganu,