BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai RM2 jadi fenomena

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


CHANGLOON - Kedai Makan RM2 semakin menjadi fenomena selepas Sinar Harian melaporkan kedai itu menjual pelbagai makanan dengan harga serendah RM2.

Kedai diusahakan Rohaya Md Desa, 44, terletak di Kampung Changhai, Jalan Sintok Lama, dekat sini turut menjadi viral di laman sosial.

Menurutnya, sejak kedainya disiarkan akhbar ini, kedai makannya turut dihadiri beberapa media lain termasuk stesen televisyen.

"Alhamdulillah kedai saya semakin mendapat sambutan orang ramai termasuk dari Kuala Lumpur dan Johor.

"Insya-ALLAH saya akan teruskan usaha ini untuk membantu orang ramai mendapatkan makanan dengan harga murah terutamanya mereka berpendapatan rendah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini melalui ruangan Singgah Murah, Sinar Harian melaporkan pelbagai jenis makanan dijual di Kedai Makan RM2 tersebut.

Antaranya laksa, nasi campur, nasi ayam, pulut ayam, bihun dan mee sup dijual pada harga RM2, manakala ayam goreng segera dijual dengan harga RM1 seketul.

Rohaya berkata, dia terharu apabila usahanya turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat kunjungan ke kedainya, kelmarin.

“Ketika MB datang, saya terkejut kerana tak sangka beliau akan datang dan memberi kata-kata semangat kepada saya untuk teruskan perniagaan ini.

“Insya-ALLAH dengan sokongan pelanggan saya akan teruskan kedai ini, walaupun keuntungan jualan tidak banyak tetapi dengan kehadiran ramai pelanggan saya dapat pulangannya,” katanya yang kini mempunyai kira-kira lapan pekerja yang membantu menguruskan kedai itu.
 
brape agaknya untung dia dpt sehari.. dgn lapan pekerja lg tu..
 
Xbyk untung tpi harga murah
Pkrja pulak agak ramai hmm hmm
 
semoga Allah murahkan rezeki untuk peniaga ni.
 
Kena buat jualan yg banyak tiap hari memandangkan tokey kedai pemilik sawah padi berpuluh hactar dan ada kolam ikan, ladang ayam, lembu, kambing dan puluhan ekar kebun sayuran selain ladang minyak kelapa sawit.
 
die ckp aritu untung rm2k

tp kedai xde byr sewa
 
Ada terdengar jugak pasal kedai ni...rupanya di Changloon...
 
Back
Top
Log in Register