BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Candat Darat Lebih Hemat, Fenomena Baharu Di Terengganu

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
4f50b5494ce8655160465c037a52afa469d4ae10b927b

e226c349de20ce9ebcbdffb9afff925e69d4ae1eb21ea

Jeti Star Cruise Kijal di Pantai Awana di sini menjadi lokasi tumpuan pemancing untuk melakukan aktiviti candat darat pada setiap petang hingga lewat malam sejak seminggu lalu.

Aktiviti mencandat di kawasan pesisir pantai semakin popular dalam kalangan 'kaki eging' iaitu teknik memancing sotong berasal dari Jepun dengan menggunakan umpan tiruan dikenali 'egi' berbentuk udang.

Spesies sotong jarum mudah diperoleh melalui aktiviti candat darat kerana sotong berkenaan berada berhampiran pantai untuk mendapatkan makanan seperti udang bari dan anak ikan, selain untuk bertelur setiap kali tiba musimnya.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Terengganu sememangnya terkenal dengan aktiviti mencandat sotong sehinggakan perkhidmatan bot yang menawarkan pakej berkaitan menjadi rebutan pemancing dan pelancong setiap kali musim menangkap hidupan laut itu.

Namun pada tahun ini, peminat aktiviti tersebut mempunyai pilihan yang lebih hemat dikenali sebagai “candat darat”, iaitu menangkap sotong di tepi pantai sehingga menjadi fenomena dalam kalangan penduduk setempat.

Seorang pemancing, Abdullah Hassan, 42, dari Paka, Dungun berkata kebanyakan penduduk mencandat sotong di kawasan tersebut dengan menggunakan sejenis umpan tiruan dikenali sebagai “egi” yang berbentuk seperti udang.

Beliau berkata aktiviti candat darat lazimnya hanya dapat dilakukan selama dua bulan bermula April, berbanding candat laut yang mempunyai tempoh lebih lama dari penghujung Mac hingga Ogos.

“Pada masa ini spesies sotong jarum mudah diperoleh kerana sotong berkenaan berada berhampiran pantai untuk mendapatkan makanan seperti udang dan anak ikan, selain untuk bertelur.

“Selain mencandat di pesisir pantai, jeti ini juga merupakan lokasi yang sesuai kerana orang ramai dapat berada ke tengah laut sedikit tanpa perlu menaiki bot,” katanya ketika ditemui Bernama di Pantai Kijal di sini.

Abdullah berkata candat darat kebiasaannya dilakukan dari 6 petang hingga 12 tengah malam memandangkan sotong aktif mencari makanan pada waktu tersebut.

Sementara itu, Mohd Ghazali Rahman, 51, dari Meraga Beris di Kijal dekat sini berkata lebih 100 pemancing akan memenuhi jeti sepanjang kira-kira 300 meter itu bagi melakukan aktiviti candat darat setiap hari.

Mohd Ghazali berkata beliau datang memancing di jeti tersebut sebanyak tiga kali sejak minggu lepas, dengan hasil tangkapan lebih 10 ekor sotong jarum pada setiap sesi selama tiga jam.

 
Back
Top
Log in Register