BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedah Harap Antidot Sengatan Ubur-ubur Disediakan Di Langkawi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
c25faded865183c9e456cfbdb5ab0ce569216b85093ab

d38f8a16de9c0f3f3ab64abf3a927541692183c61df7a

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin

Kerajaan Kedah berharap antidot bagi sengatan ubur-ubur disediakan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, susulan tragedi yang meragut nyawa kanak-kanak warga Rusia berusia dua tahun baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah Datuk Mohd Salleh Saidin berkata walaupun insiden berkenaan disifatkan terpencil, penawar berkenaan perlu disediakan untuk melindungi orang ramai.

“Saya sudah berbincang perkara ini dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, di negeri ini termasuk Langkawi tiada penawar itu… yang ada di beberapa tempat lain termasuk Sabah.

“Jadi kita akan panjangkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan supaya penawar ini dapat ditempatkan juga di Langkawi, sebab Langkawi juga ada kawasan pantai seperti di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas bertemu ibu bapa kanak-kanak Rusia berkenaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Kanak-kanak itu, Vladimir Lakubanets disahkan meninggal dunia di HSB akibat disengat ubur-ubur kotak, Rabu lepas, selepas diserang hidupan laut itu ketika mandi laut di Pantai Chenang, pada 15 Nov.

Mohd Salleh berkata beliau juga akan mengadakan pertemuan bersama agensi berkaitan pada 24 Nov ini bagi membincangkan secara khusus tentang keselamatan pantai.

“Kita juga akan melibatkan pakar-pakar untuk membuat kajian tambahan tentang ubur-ubur ini kerana keselamatan semua pengunjung tanpa mengira pelancong luar atau tempatan adalah keutamaan kita,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Kedah memandang serius kejadian melibatkan serangan ubur-ubur kerana pulau peranginan itu dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun.

 
Back
Top
Log in Register