shah_ae
CG Top Poster Club

- Messages
- 24,500
- Joined
- Oct 27, 2008
- Messages
- 24,500
- Reaction score
- 3,215
- Points
- 261
Bukan ke dlm Quran, Allah swt sebut perintah makan ialah ‘halal dan baik’ (tayyib). Gabungan dua sifat tersebut, iaitu dalam surah al-Baqarah (168) ayat 168, al- Maidah (5) ayat 88, dan al kahfi ayat 19
Islam telah memperkenalkan prinsip makan dan minum secara sederhana kerana Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas,
firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Baqarah 168
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. - maidah 88
فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ*
Artinya: "Maka makanlah yang halal lagi baik
dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya menyembah ke-pada-Nya." (Q.S. An-Nahl ayat 114).
وَكَذَلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءلُوا بَيْنَهُمْ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْماً أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَاماً فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَداً
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.- kahfi 19
So kalau makanan tu kita da tau tak baik
Buat apa kita nak mkn
Aku pun tak melarang apa yg korang nak mkn
Aku cume berpesan
Bkn badan aku pun
Bdn korang dan kesan pd yg pemakan
Islam telah memperkenalkan prinsip makan dan minum secara sederhana kerana Allah SWT tidak menyukai orang yang melampaui batas,
ini la maksud aku mkn ikut nafsu...
bile dah berlebih2 mkn elok pun bleh datangkan penyakit...
cth milo klau sekali2 minum takkan jd penyakit...
klau hari2,sehari sampai 3-4 kali ditambah susu@gula secukup nafsu tggu je la akibat...