ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Annuar Musa
Annuar (berdiri, tengah) meluangkan masa bersama pemain skuad belia Kelantan dalam satu majlis di Kelantan Trade Centre (KTC), semalam.
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) disaran supaya menyalurkan peruntukkan secara terus kepada persatuan bola sepak seluruh negara bagi meningkatkan mutu pembangunan sukan itu ke peringkat lebih baik.
Pandangan itu, disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa kepada KBS memandangkan ramai bakat-bakat muda perlu di diberi perhatian sejak di awal usia, bagi melahirkan pemain berkualiti setanding dengan mutu bakat luar.
“Dari segi teknikal dalam bola sepak, kita masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara Asia di Timur Tengah serta Asia termasuk Jepun,” katanya.
Annuar juga mahu KBS mempertimbangkan cadangan tersebut, kerana bimbang peruntukkan disediakan tidak sampai kepada persatuan kerana perlu melalui beberapa tapisan.
Katanya, disebabkan peruntukkan tidak sampai, maka pembangunan sukan bola sepak negara juga tidak tercapai dan menyebabkan persatuan mengalami kekangan termasuk tidak dapat membayar gaji pemain dalam kadar ditetapkan.
“Masalah besar kita juga, apabila pihak persatuan tidak mempunyai tabung untuk membangunkan sukan berkenaan dan ini perlu diberi perhatian oleh pihak kementerian,” katanya.