BasicCX
Super Active Member
- Messages
- 6,223
- Joined
- Sep 8, 2008
- Messages
- 6,223
- Reaction score
- 172
- Points
- 73
Kaya dulang emas
MERSING: Tujuh sekeluarga mampu meraih pendapatan sehingga RM29,000 seminggu hasil mendulang emas secara haram di Hutan Simpan Bukit Twiss, Tenggaroh di sini.
Keluarga terbabit sanggup bersesak di dalam khemah buruk di hutan simpan berkenaan kerana hasil lumayan mendulang emas.
Malah, warga asing turut mengambil kesempatan mendulang emas di lokasi berkenaan. Kegiatan terbabit didedahkan Pegawai Hutan Daerah, Zubait Said yang mengetuai operasi menjejak pendulang berkenaan bersama kakitangan Jabatan Hutan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Rela.
Menurut Zubait, hasil serbuan jam 12 tengah hari semalam, 22 pendulang termasuk dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun ditahan, tetapi puluhan yang lain sempat meloloskan diri.
“Berdasarkan risikan, ada kira-kira 100 pendulang di lokasi kejadian. Bagaimanapun, hanya sebahagian saja yang asyik mendulang ketika serbuan.
“Selebihnya dapat menghidu kehadiran kami dan menyembunyikan diri dalam hutan ini. Kami turut menemui 30 khemah sementara yang mampu menempatkan empat hingga 10 individu didalamnya,” katanya.
Beliau berkata, turut ditemui beberapa peralatan seperti mesin dan pengepam air. Katanya, sembilan yang ditahan adalah warga tempatan, 12 dari Kemboja dan seorang Thailand.
“Lebih 50 hektar hutan simpan berkenaan rosak akibat kegiatan haram terbabit dan berdasarkan keluasannya, kami percaya mereka sudah melakukannya sejak sekian lama,” katanya.
Zubait berkata, semua yang ditahan diserahkan kepada polis dan tiga lagi kepada Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, pendulang emas haram terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 32(1) Akta Perhutanan iaitu menduduki atau mengadakan sebarang aktiviti di Hutan Simpan kekal tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.
-- H.Metro