BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kawal kolesterol secara semula jadi

badai707

Fun Poster
Messages
579
Joined
Jul 28, 2009
Messages
579
Reaction score
12
Points
15
PENYAKIT jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Keadaan itu dikatakan berkait rapat dengan beberapa faktor seperti keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Bagi mengatasi kebimbangan seseorang berhubung risiko menghidap penyakit jantung dan strok, kajian terkini membuktikan sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.

Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 atau produk Omega 3 Fish Oil Powder pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi.

Selain itu, Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus.
Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Hasil kajian dijalankan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan produk itu jika digunakan bersama bahan makanan, berkesan untuk mengurangkan glukosa dalam darah.
 
habbatussawda dapat meningkatkan HDL, menurunkan LDL, menghalang pembentukan plak lemak dalam saluran darah,,

insyaAllah amalan makan habbatussawda setiap hari, dapat mengelakkan sakit jantung,,,

insyaAllah mari kita sebar2kan sunnah nabi...
 
HDL tu ape..LDL tu ape..sorry x paham istilah saintifik ni..
 
kawan rapat aku pernah berjaya turunkan kolestrol dari tahap bahaya ke tahap normal.
 
oat adelah bijiran terbaik... cube lah...
aku dulu 7.3... skarang dah 4.2...
 
LDL = Low Density Lipoprotein @ bad cholestrol
HDL = High Density Lipoprotein @ good cholestrol

amal makan buah zaitun atau sesudu minyak zaitun sehari dpt kurangkan LDL dan kekalkan tahap HDL dlm darah :)
 
minyak ikan jenama kordel's pun terbaik..harga pun bawah rm100 utk 120biji..sehari sebiji je..
 
sebenarnya, kita mmg boleh turunkan kolestrol tanpa perlu membeli produk² suplement, ...Insya'allah tak sampai 3 bulan kolestrol dah boleh turun paras normal.
 
sebenarnya, kita mmg boleh turunkan kolestrol tanpa perlu membeli produk² suplement, ...Insya'allah tak sampai 3 bulan kolestrol dah boleh turun paras normal.

camne tu??:D
 
Kajian itu juga menunjukkan, ada empat produk berasaskan sumber semula jadi yang kini berada di pasaran mampu mengurangkan tahap kolesterol secara sihat dan efektif, tanpa kesan sampingan. Empat bahan itu adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 :-?dan Psyllium Husk

mcmana ropa bentuk serbuk omaga 3 eik?
yg aku tau omega dlm bentuk kapsul lembut tur:">
 
Back
Top
Log in Register