BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berbuka Puasa Secara Sihat

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
IMG_20240320_115842_688.jpg


JOM BERBUKA PUASA SECARA SIHAT

Berbuka puasa secara sihat adalah penting bagi kesihatan fizikal dan mental. Berikut adalah beberapa tips untuk berbuka puasa secara sihat:

1. Kawal saiz hidangan makanan: Jangan terlalu makan berlebihan selepas berbuka. Mulakan dengan hidangan kecil dan tunggu beberapa minit sebelum mengambil hidangan lain. Ini dapat membantu mengelakkan masalah pencernaan.

2. Kurangkan makanan dan minuman yang tinggi lemak, gula, dan garam: Makanan berlemak dan gula berlebihan boleh menyebabkan peningkatan kadar gula darah secara mendadak, yang boleh mengganggu pencernaan dan menyebabkan pertambahan berat badan.

3. Jangan lupa sajian sayur dan buah-buahan: Salad dan buah-buahan adalah sumber yang baik untuk serat dan nutrien yang diperlukan oleh badan. Ini juga membantu memenuhi keperluan serat harian.

4. Makan secara perlahan dan tidak gelojoh: Memberi manfaat kepada kesihatan dan meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan cara membantu proses penghadaman, dapat meningkatkan penyerap nutrien dengan lebih baik, memberikan rasa tenang dan terkawal serta membantu mengurangkan tahap tekanan yang dihadapi.

5. Minum air secukupnya: Pastikan untuk minum air yang mencukupi semasa berbuka puasa dan sepanjang malam. Hindari minuman berkafein dan berkarbonat yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Dengan mengamalkan langkah-langkah di atas, anda dapat berbuka puasa secara sihat dan menjaga kesihatan anda sepanjang bulan Ramadan. Jom kita semua amalkan!

Nutritionist Perak

#tippuasaramadan
#makansecarasihat
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

Baca lanjut :



Sumber : Nutritionistkkm
 
IMG_20240322_103318_693.jpg


TIPS RAMDAN LEBIH SIHAT

Nak minum air apa untuk berbuka nanti?

Air balang yang manis dan bergula tinggi?

Atau pilih untuk air kosong yang sejuk dengan hirisan buah segar yang pastinya boleh hilangkan dahaga dan melegakan!

Jom jayakan azam "Ramadan Kini Lebih Sihat!"

Anda boleh!

Sumber : Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
 
Back
Top
Log in Register