BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kartika disebat selepas Hari Raya

Isu Kartika: Temubual Akhbar Sinar Dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

ko dpt info dari mana?
meh tepek sini biar kitorang sama2 baca! :o:o
Isu Kartika: Temubual Akhbar Sinar Dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Artikel penuh di http://drmaza.com/home/?p=714

Soalan: Adakah hukuman sebat kepada peminum arak itu memberikan kesan pengajaran yang baik kepada masyarakat?

Jawapan: Ini bergantung kepada bagaimana ia dilaksanakan. Jika menurut kaedah yang betul, maka kesannya pasti positif. Jika tidak, sebaliknya akan berlaku. Ramai orang apabila sebut hukuman sebat bagi kesalahan arak atau zina dalam Islam, ia bayangkan hukuman sebat yang biasa dilaksanakan dalam penjara-penjara kita.

Sama sekali tidak benar! Sebat atau rotan bagi hukuman ini bagaikan hukuman rotan di zaman persekolahan dahulu sahaja. Atau mungkin boleh saya katakan bagaikan bapa yang merotan anaknya dengan penuh kasih-sayang, sekadar untuk mengajar bukan untuk mencederakan. Jangan terpengaruh dengan filem ‘Semerah Padi’. Itu tidak betul.

Dalam hadis riwayat al-Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Dibawa kepada Nabi s.a.w seorang yang mabuk (minum arak), maka baginda memerintahkan agar dipukul, maka dalam kalangan kami ada yang memukulnya dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar dan ada pula yang memukulnya dengan kainnya. Apabila selesai, seseorang berkata: “Allah telah menghinanya”. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu menjadi pembantu syaitan (merosakkan) saudara kamu”.

Maksudnya, mencercanya menyebabkan syaitan mudah untuk merosakkannya lagi. Dalam hadis ini menunjukkan hukuman itu berjalan hanya sekadar dengan kain atau tangan atau selipar, tujuannya bukan untuk menyeksa, tapi mengingatkan.

Janganlah pula berlebihan, hukumannya hanya pukulan tersebut maka tidak perlu diikuti dengan cercaan. Maka sesiapa yang merasakan dirinya pejuang Islam, janganlah menokok tambah dengan makian kerana itu tidak serasi dengan tabiat perlaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

...
 
sesungguh hukum allah itu adil dan saksama...........

moga dia selamat dari seksaan ALLAH yg maha dasyad
 
terima kasih yup.
sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
 
jangan pertikaikan keadilan Allah.

keadilan Allah tidak sama piawaian dengan keadilan manusia yang hina.

Allah tetap adil walaupun menghumban seorang manusia ke neraka.
Allah tetap adil walaupun menyesatkan sesebuah kaum dan memberi petunjuk kepada kaum yang lain.

jangan samakan keadilan manusia yang hina dengan keadilan Allah.
 
sepatutnya sudah ada...entah camner diorang boleh kata takde..

atau saja je diorang kata takde sebab memang nak menangguh-nangguhkan kes ni..

betul aku setuju...islam pun dah lama berkembang ...sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi...
 
susah sangat ker nak sebat kalau susah sangat nak sebat biar aku jer sebat cakap jer mcm ner aku boleh buat nak sebab cara mengajar ker nak sebat cara mendidik ker nak bagi sakit ker nak bagi mati ker

cakap jer pakai rotan ker pakai ekor pari ker pakai pedang ker pakai apa jer

cuma aku tak jelas lagi cara islam tapi takper bagi tau jer nanti aku boleh buat latihan jangan risau
 
time nak sebat..nak jatuh hukum bukan main payah..masa togok tak payah pun..tak dgr larangan tuhan pun xpe..adehhh.. sebat jer..
 
betul tu aku nyampah betul kerajaan pun satu kalau dah nyata dia ngaku salah hukum jelah senang
 
Back
Top
Log in Register