BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kartika disebat selepas Hari Raya

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersedia meneruskan hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah JAIP Datuk Abdul Manan Abdul Rahman berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun bergantung kepada semakan Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang dijangka selesai selepas hari raya ini.

Beliau berkata keputusan semakan itu akan diumumkan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.

Pada 20 Julai lepas, Kartika Sari Dewi dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating, 11 Julai 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat tidak melebihi enam sebatan.

Bagaimanapun pada 24 Ogos lepas hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan dan keputusan itu dikecam pelbagai pihak.

"Masyarakat tidak memahami antara sebat syarie iaitu lebih kepada mendidik dan sebat sivil yang selalu dihukum ke atas pesalah yang amat menyakitkan dan bagi kes Kartika, dia dihukum dengan hukuman sebat syarie," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Rasm Uthmani dan buku Menuju Gerbang Akhirat di Kuantan hari ini. BERNAMA
 
harap disebat mengikut kaedah Islam yang sebenarnya..bukan sebat ikut cara ciptaan manusia..
 
harap disebat mengikut kaedah Islam yang sebenarnya..bukan sebat ikut cara ciptaan manusia..

hamba setuju:D hukuman dalam islam ni tak boleh nak ambik sekerat2 kerana banyak hikmatnya.
 
harap disebat mengikut kaedah Islam yang sebenarnya..bukan sebat ikut cara ciptaan manusia..

dah ada ke pakar sebatan cara Islam ni???:-?:-?:-?
 
dah ada ke pakar sebatan cara Islam ni???:-?:-?:-?

sepatutnya sudah ada...entah camner diorang boleh kata takde..

atau saja je diorang kata takde sebab memang nak menangguh-nangguhkan kes ni..
 
sepatutnya sudah ada...entah camner diorang boleh kata takde..

atau saja je diorang kata takde sebab memang nak menangguh-nangguhkan kes ni..

aku nampak cam was2 atau teragak2 je...bila ada org kutuk org kata itu ini baru dia up balik. x yakin la! :-?:-?
 
tak perlu pakar ya tuan..zaman rasullulah dulu ade yg sebat pakai tangan dan ade yg pakai kain shj..

ko dpt info dari mana?
meh tepek sini biar kitorang sama2 baca! :o:o
 
Back
Top
Log in Register