BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karipap 80 sen seketul?

itu harga tanpa subsidi... kalau yang 3 rm1 ada subsidi dari penjual
 
kalau kita buat inovasi laku x agak2? contoh:

1. inti cheese + tuna
2. inti spicy bilis
3. inti sweet onion wif beef
4. inti kerang + sambal

ada sape2 penah mkn karipap inti yg pelik2 x?
 
kat penang...karipap 1.50 tu cam biasa ja jumpa...kat jalan pergi ker sungai pinang
 
saiz sekecil tu jual 3 seringgit pn dh ok..ni jual sampai 80 sen sebiji mahal gile..
 
BATU FERINGGHI - RM0.80 seketul, itulah harga biasa bagi kuih karipap di sekitar kawasan Batu Feringghi.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa gerai kuih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati kebanyakan peniaga sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Kunjungan ke sana gara-gara aduan seorang pelancong mengenai pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 untuk seketul pisang sahaja.

Ketika ditanya kepada peniaga kenapa harganya begitu mahal, jawab seorang peniaga di situ ia kerana karipap berintikan ayam.

Sementara seorang lagi peniaga yang menjalankan perniagaan karipap pula menjual seketul karipapnya dengan harga 60 sen.

Peniaga itu juga ditanya soalan yang sama gara-gara harganya yang agak mahal, jawabnya kerana peniaga di situ menjual 80 sen dan dia menjual murah sedikit daripada peniaga berkenaan.

Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan kerana tidak masuk akal.

Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan* menikmati kuih tradisional berkenaan.

“Bagi saya harga yang dijual ini begitu mahal tidak padan dengan kualitinya, jika ia besar dan betul-betul penuh dengan inti ayam tidak mengapa, tetapi apabila saya rasakan, seketul inti ayam langsung tiada dan agak kosong.

“Jadi kenapa logiknya peniaga meletakkan harga sehingga 80 sen seketul bagi setiap karipap?, saya lihat pelancong asing pun tidak membelinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi pengadu, Kamaliah Hassan berkata, tidak dinafikan harga kuih pada masa kini sudah naik namun ada sesetengahnya yang naik dengan tidak munasabah.

Katanya, kebiasaannya kuih di sekitar negeri ini dijual dengan harga RM1 bagi tiga ketul kuih.

“Tetapi bila 80 sen seketul memang tidak berbaloi langsung dan tidak munasabah harganya kepada pelanggan atau pengguna.

“Saya berharap supaya ada pihak yang melihat perkara ini dengan serius kerana harga yang ditawarkan juga adalah imej kepada pelancongan sekitar,” katanya.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/karipap-80-sen-seketul-1.41674


Mahal tu sebiji 80 sen. Biasanya sebiji baru 40 sen. Ambil kesempatan kot sebab dijual di kawasan pelancongan.
 
dah taw karipap tu mahai yg hang gatai pi beli pasai pa...
awat x dak makanan lain ka kat situ..roti gardenia x dak juai ka...:D
 
depa nak kapak pelancong asing kat BATU FERINGGHI la 2..
y jual mahai kot..
 
dah tahu mahal kenapa beli....
makan kat KFC n McD x nak komplen plak....
:eek::eek::eek::eek::eek:

kalau dah tahu harga takpe... ni beli tapi tak tahu harga, tertiba berapa bang semua kuih ni.. tertiba hah.....
 
kalau dah tahu harga takpe... ni beli tapi tak tahu harga, tertiba berapa bang semua kuih ni.. tertiba hah.....

siap cakap. harga karipap ni masih rendah berbanding negara jiran.. :D
 
Back
Top
Log in Register