BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Karipap 80 sen seketul?

80 sen karipap adalah biasa di Batu Feringgi

BATU FERINGGI – ‘Harga 80 sen untuk karipap adalah biasa di kawasan Batu Feringgi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringgi, Jamaluddin Hashim.

Menurutnya, dalam masa yang sama peniaga juga menyediakan tiga pilihan buat pelanggan yang mana ada karipap 80 sen, 60 sen dan juga 40 sen.

“Semuanya adalah berbeza mengikut saiznya.

“Daripada pemerhatian, karipap yang berharga 80 sen memang intinya penuh dan sesuai dengan harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel Karipap 80 sen Seketul dalam Sinar Harian pada 20 April lalu.

Melalui laporan berkenaan, tinjauan wartawan ke beberapa gerai kuih muih yang terletak di lokasi pelancongan utama itu mendapati, kebanyakan peniaga kuih sememangnya menjadikan harga 80 sen bagi setiap ketul karipap seperti harga biasa.

Kunjungan ke sana gara-gara aduan salah seorang pelancong mengenai harga pisang goreng yang dijual dengan harga RM1 setiap satu.

Setibanya ke sana, pisang goreng yang dikatakan tiada sebaliknya karipap yang berharga 80 sen setiap satu.

Pengadu, Nor Asyikin Rahman berkata, dia terkejut dengan harga kuih berkenaan yang dirasakan tidak masuk akal.

Menurutnya, harga yang dijual begitu mahal berbanding dengan tahap kepuasan menikmati kuih tradisional berkenaan.

Jamaluddin berkata, beliau sendiri mengetahui ada peniaga di tempat lain yang menjual karipap berharga RM1 dan juga 40 sen di tempat lain.

Menurutnya, di Batu Feringgi peniaga di mini market juga menjual barangan dengan harga yang agak mahal berbanding tempat lain.

“Ia kerana sewa yang dikenakan kepada mereka agak tinggi dan mereka menaikkan harga,” katanya.

Namun dalam masa yang sama, Jamaluddin memohon supaya peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.

“Biarlah ia berpatutan dan tidak melampau dan perlu mengikut harga semasa,” katanya.
 
cekik darah betoi la peniaga kat batu feringghi...xdak org yg pantau ka harga makanan ni...
 
cekik darah, wat malu peniaga lain je... pooodahhh cittt..
 
bini aku masa rajin nak mampos dulu tolak 3 ketul singgit kt kedai. kedai caj 40 sen seketul. mmg isi tebal kulit pun besau. sampai tak cukup tangan la bini aku nak kejar demand. tu belum masuk yg order nak buat kenduri.

pay term, letak dulu, bayo kendian.

last2 makcik kedai tu songlap, tak bayo terus la ni senyap aje. bini aku plak jenis malas nak tanya + ungkit. last2 stop.

skrg ni layan org order bulk utk kenduri aje. lagi untung...
 
bini aku masa rajin nak mampos dulu tolak 3 ketul singgit kt kedai. kedai caj 40 sen seketul. mmg isi tebal kulit pun besau. sampai tak cukup tangan la bini aku nak kejar demand. tu belum masuk yg order nak buat kenduri.

pay term, letak dulu, bayo kendian.

last2 makcik kedai tu songlap, tak bayo terus la ni senyap aje. bini aku plak jenis malas nak tanya + ungkit. last2 stop.

skrg ni layan org order bulk utk kenduri aje. lagi untung...

Rajin betoi bini hang buat kuih.
Bini aku rajin makan kuih saja.:">
 
sewa tapak mahal kot...
teringat masa kecik2 tolong mak jual kuih dpn rumah,sekeping 10sen.nasi lemak 20sen..beza betol ngan sekarang..
 
Back
Top
Log in Register