dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Pengarah terkenal Bollywood Karan Johar bakal menjadi penerbit bersama sebuah 'remake' filem Tamil, "Vettai" buat pertama kalinya.
Seperti yang dilaporkan di Indian Express, filem aksi Tamil arahan N Linguswamy tersebut berkisar tentang dua beradik berbeza karakter yang berada dalam situasi yang mencabar hubungan mereka apabila si abang menggantikan bapa mereka yang juga seorang polis.
Filem asalnya yang dilakonkan oleh Arya, R Madhavan, Sameera Reddy dan Amala Paul berjaya memungut kutipan pecah panggung ketika ditayangkan pada tahun 2012.
Menurut Karan, "Saya sangat kagum dengan "Vettai" ketika saya menontonnya, tapi tak tahu pula UTV yang menerbitkannya. Sekarang saya akan bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan versi Hindi filem tersebut. Kami akan umumkan senarai pelakon yang akan membintangi filem ini tidak lama lagi."
"Filem ini mempunyai banyak unsur heroisme, jenaka dan muzik yang bagus. Ia boleh menjadi sebuah filem komersial berjaya kerana tarikan pan-Indianya," tambah Karan lagi.
Sementara itu, desas-desus mengatakan yang N Linguswamy akan kembali ke kerusi pengarah dan Shahid Kapoor bakal melakonkan watak utama. Khabar angin yang lain pula menyebut Abbas-Mustan sebagai pengarah dan Abhiskek Bachchan dan John Abraham sebagai watak dua beradik tersebut.