BTC USD 62,897.0 Gold USD 1,780.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadilah orang yang berguna, bukannya sampah – Ara Johari

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,718
Reaction score
424
Points
91
2b8c9300-3755-4994-8be2-7a26e34c0114.jpg

PETALING JAYA – “Kau ingat atas bukit sana ada tukang kutip sampah yang nak kemaskan untuk kau ke?”

Itu antara luahan ketidakpuashatian penyanyi, Ara Johari selepas kecewa melihat sikap segelintir rakyat negara ini yang masih membuang sampah secara merata-rata di lokasi rekreasi seperti air terjun

Luahan kekecewaan tersebut dikongsi Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari dalam satu hantaran InstStorynya semalam

“Anda semua jika nak pergi mendaki atau berkhemah di kawasan air terjun, tolong pastikan sampah dibawa turun ke bawah dan buang ke tempat yang sepatutnya atau bakar sebelum nak pulang

“Macam mana nak jaga alam sekitar jika masih terdapat sekumpulan manusia yang tiada sivik,” kata wanita berusia 24 tahun itu dengan nada kesal.

Tambah Ara yang terkenal dengan lagu Bunga itu, sampah-sarap yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab akan mencacatkan pemandangan indah di sesebuah lokasi perkhemahan atau perkelahan.

Perkara tersebut sekaligus mencetuskan kemarahan ramai pihak yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab orang ramai sehingga mencemarkan alam semula jadi. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,788
Reaction score
21,811
Points
1,671
Marah pun jgnla duduk mencangkung camtu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register