hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,296
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 20,296
- Reaction score
- 1,430
- Points
- 201
Ara Johari cemas ada 'penumpang' cuba masuk kereta
SHAH ALAM - Penyanyi, Ara Johari berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa kelihatan cuba memasuki kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya ketika dalam perjalanan pulang dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada jam 4 pagi Isnin.
Menerusi video dikongsikannya di aplikasi @threads, reptilia tersebut dikatakan menyelinap masuk ke dalam enjin Honda HRV miliknya.
Ara pada masa sama kelihatan cemas di luar kereta sambil menunggu pihak bomba tiba di lokasi itu.
"Terima kasih abang bomba kerana sudi datang membantu menangkap ular walau sekarang ini waktu sahur.
"Terima kasih abang bomba kerana selamatkan hari saya," katanya dalam ciapan di laman Istagramnya pada Isnin.
Artikel Sinar Harian
Bukit gambir, muar kampung simpang lima. Penunggang motorsikal langgar pemotong rumput.