BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abby Abadi berdepan detik cemas kereta dilanggar dari belakang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Abby Abadi berdepan detik cemas kereta dilanggar dari belakang


KUALA LUMPUR: Usahawan dan pelakon, Abby Abadi berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari belakang ketika dalam perjalanan pulang dari Singapura ke ibu negara, awal pagi tadi.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 49, menerusi hantaran dikongsikan di Threads berkata, insiden berkenaan berlaku sewaktu dia sedang mencari tempat untuk menunaikan solat Subuh dalam keadaan persekitaran yang masih gelap.

“On the way (dalam perjalanan) balik KL (Kuala Lumpur) dari Singapura, leka mencari tempat nak solat Subuh, tiba-tiba ada yang langgar dari belakang. Memang terkejut sangat-sangat. Mula-mula ingat tayar pecah.

“Berhenti tepi, ada abang motosikal datang beritahu ada kereta lain langgar. Tetapi serius tak sedar sebab dalam gelap,” tulisnya dengan memuat naik foto keadaan kenderaannya yang remuk di bahagian belakang.

Menurut Abby, dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu berkenaan yang terus beredar selepas hanya memeriksa kenderaannya secara ala kadar.

Artikel Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register