BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kapal bayar tol termahal lebih RM21 juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146

Kapal bayar tol termahal lebih RM21 juta​

RAGAM-TANKER1-scaled.jpg

GAMBAR dari udara menunjukkan kapal tangki gas petroleum cecair  G.Spirit menunggu untuk menyeberangi Terusan Panama kelmarin. – AFP

BANDAR PANAMA – Sebuah kapal tangki membawa gas petroleum cecair membayar AS$5.3 juta (RM21.3 juta) bagi laluan keutamaan menyeberangi Terusan Panama menjelang sekatan berkaitan El Nino, kata timbalan pentadbir laluan air itu, Ilya Espino de Marotta kepada AFP.

Syarikat Korea Selatan, SK Gas membayar jumlah tertinggi itu untuk kapal G. Spirit merentasi Terusan Panama pada 1 September lalu, dua hari sebelum kerajaan Panama mengurangkan jumlah transit disebabkan fenomena cuaca El Nino, lapor Bloomberg.

Panama menjadi negara Amerika Tengah terkini mengisytiharkan darurat berikutan El Nino, pada Selasa lalu. Fenomena cuaca itu menyumbang kepada penurunan paras air di Terusan Panama akibat kemarau teruk di seluruh wilayah berkenaan.

Kapal-kapal yang merentasi Terusan Panama menempah laluan masing-masing lebih awal, manakala kapal tanpa tempahan terpaksa menunggu purata lima hari untuk melaluinya, tetapi terdapat lelongan di mana laluan saat akhir boleh dibeli.

Purata harga lelongan itu antara Oktober 2025 hingga Februari 2026 adalah sekitar AS$55,000  (RM221,429). – AFP

 
Back
Top
Log in Register