BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kantoi di masjid

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
masjid1.jpg.transformed.jpg


Kuala Lipis: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, sepasang suami isteri mengambil kesempatan mencungkil pintu kereta milik jemaah lalu menyelongkar sebelum mencuri barang berharga termasuk pemain cakera padat digital (DVD), di Masjid Kampung Sanlang, Penjom, dekat sini, jam 1.30 petang kelmarin.

Perbuatan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kuarters Pasir Mas Sawmill, Gua Musang, Kelantan, bersama isterinya berusia 30 tahun berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan itu terbongkar selepas mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Turut ditahan, enam anak pasangan terbabit berusia tujuh bulan hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu anggota polis terserempak dengan pasangan terbabit berada di dalam sebuah kereta Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid berkenaan sebelum menghampiri mereka untuk menjalankan pemeriksaan.
"Polis menemui lima senjata tajam, pelbagai peralatan pecah rumah, lima telefon bimbit, tiga utas jam tangan, seutas rantai leher, tiga gelang tangan dan empat resit surat pajak gadai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
 
kesempitan hidup ni. kahwin awal sangat, anak ramai... kesian kat anak anak pun turut kena tahan
 
Salaam.

Ada hikmah bagi kita ni yang tak kahwin2 nie :">

Kos hidup dah teruk skang nie.

Isi masa dengan mengaji; ada beratus ribu hadis Rasulullah SAW yang kita tak tahu.

Elok la belajar.



Namun demikian, kalau ada la anak dara suka kat aku dan aku pun suka kat dia...kahwinlah aku :)paid

Moga dipermudahkan.
 
Last edited:
byk kejelah polis thn 2015..dgn masalah rakyat tempatan, warga asing lagi. malaysia bole jd sarang p'jenayah camni..
 
takde kerja lain. hari jumaat pun nak mencuri
 
Dengan masalah kehidupan yang makin menekan ditambah kelembuan otak pak menteri...
Rakyat semakin tak keruan dalam menjalani kehidupan...
 
mmg xpatot buat keje cmnie..baek mnx sedekah je..xpn mnx ehsan derma/elaun drpd jbtan agama
 
Back
Top
Log in Register