BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak selamatkan moyang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Zaleha bersama Ahmad Adam Iman dan Nur Amirah Syuhada yang menjadi penyelamat dalam insiden itu.​

DUNGUN - Kunjungan dua kanak-kanak ke rumah nenek untuk menghantar kuih, menyelamatkan nyawa moyang, Bunga Mohammad, 67, yang lumpuh dan bapa saudara mereka, Khairul Fikri Din, 23, yang sedang tidur daripada terperangkap dalam insiden kebakaran di Alur Tembesu, di sini, semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 8.45 pagi itu, Ahmad Adam Iman Ahmad Noor, 5 dan adiknya, Nur Amirah Syuhada Ahmad Noor, 3, dihantar ibu, Nor Salida Din, 21, ke rumah nenek mereka, Zaleha Razak,52.

Bagaimanapun, ketika masuk ke dalam rumah, dua beradik itu terkejut kerana melihat api sedang marak di dalam sebuah bilik lalu mengejutkan bapa saudara mereka yang sedang tidur di ruang tamu.


Tak sempat selamat barang

Khairul Fikri berkata, biasanya dia tidur di dalam bilik, tetapi pagi itu dia tidur di ruang tamu.

Menurutnya, dua anak saudaranya itu kemudian datang menghampiri dan mengejutkan dia yang sedang tidur lena sambil memberitahu ada api di dalam bilik.

"Sebaik sahaja terjaga, saya lihat api sudah besar di dalam bilik. Saya terus keluarkan kedua-dua anak saudara dan angkat nenek yang berada di bahagian hadapan rumah. Dia tidak boleh berjalan dan lumpuh separuh badan.

"Saya cuba memadam api dengan air, tetapi tidak berhasil. Api semakin marak dan merebak dalam masa singkat. Semua barang dan dokumen penting tidak sempat diselamatkan termasuk tunai dan kad pengenalan. Saya hanya sempat bawa lari sebuah telefon bimbit dan motosikal," katanya.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan dia sekeluarga kerugian lebih RM100,000 kerana semuanya ranap termasuk perabot serta peralatan penting.

Menurut Bunga pula, walaupun menyedari api sedang marak di dalam bilik, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak dapat bergerak.

"Saya lihat api di dalam bilik, pada mulanya kecil sahaja, tetapi dalam sekelip mata bertukar besar. Saya tidak dapat buat apa-apa, apatah lagi mahu menyelamatkan diri sendiri.

"Nasib baik ada dua cicit yang jadi penyelamat dan mereka kejutkan cucu yang sedang tidur," katanya.


Alatan buat kuih musnah

Sementara itu, kata Zaleha, kebakaran berlaku ketika dia sedang bekerja di kedai makan dan hanya mengetahui mengenai kejadian itu setelah dimaklumkan anaknya.

Zaleha yang merupakan ibu tunggal menganggap kebakaran itu bagaikan malang bertimpa kerana rumah mereka dipecah masuk minggu lalu sehingga kerugian lebih RM1,000.

"Nasib baik anak saya tidak pergi kerja hari ini (semalam) dan tinggal di rumah menemani neneknya yang sakit kerana biasanya saya tinggalkan ibu sendirian ketika keluar bekerja.

"Apa yang menyedihkan, punca rezeki saya juga musnah kerana mesin dan peralatan membuat kuih sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terbakar," katanya.

Kata Zaleha, dia kini buntu kerana tidak lagi dapat menambah pendapatan dengan membuat kuih.

"Saya dan ibu ada terima bantuan bulanan JKM RM200 seorang, tetapi tidak cukup untuk tampung kehidupan... dengan hasil jualan kuih itulah dapat ringankan beban perbelanjaan kami.

"Akibat insiden ini juga, kami kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah anak buat sementara waktu. Walaupun sedih, kami anggap kejadian ini sebagai ujian," katanya.


Punca masih disiasat

Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat Dungun menerima panggilan lebih kurang jam 9.17 pagi dan tiba ke lokasi kejadian dua minit kemudian.

Api dapat dikawal dalam masa beberapa minit daripada merebak ke rumah berhampiran yang berada terlalu hampir antara satu sama lain.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dengan kekuatan dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.
 
Back
Top
Log in Register