BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak risiko jatuh gaung

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Kanak-kanak berisiko jatuh gaung dengan keadaan pagar rosak di perumahan di Jalan Meranti 8A yang terletak di kawasan bercerun.


BATANG KALI - Penduduk, terutama kanak-kanak yang tinggal di Jalan Meranti 8A, Bandar Utama Batang Kali di sini, berdepan bahaya berikutan jaring pagar di kawasan itu rosak.

Kedudukan perumahan yang tinggi mendedahkan kanak-kanak kepada risiko jatuh gaung sedalam kira-kira 15 meter yang hanya dipisahkan dengan besi pagar sudah rosak.

Bakyah Yakin, 73, berkata, masalah itu sudah lama, namun sehingga kini masih belum ada yang mengambil tindakan mengatasinya.

“Bahayanya bukan sebab kereta lalu lalang, tapi kita bimbang kanak-kanak yang bermain di sini jatuh.

“Kawasan ini agak tinggi, jika jatuh, pastinya kanak-kanak itu parah,” katanya pada Sinar Harian, di sini, semalam.

Bakyah yang datang melawat anak dan cucunya di kawasan perumahan Fasa 5 itu difahamkan, masalah itu berlaku sebelum anaknya tinggal di situ, empat tahun lalu.

Cucunya, Norashima Syafiqah Abdul Rahim, 14, berkata, kebiasaannya kanak-kanak suka bergayut dan melompat di kawasan itu kerana tidak berpagar.

“Tempat tu memang bahaya. Kalau jatuh dari tempat yang tinggi lagi teruk,” katanya.

Penduduk, Megat Azuan Bahari, 37, kesal kerana tiada tindakan diambil pihak berwajib walaupun perkara itu pernah beberapa kali dibangkitkan penduduk.

“Masalahnya, pagar ini langsung tidak pernah dibaiki. Enam tahun saya tinggal di sini, sejak itulah pagar ini rosak.

“Saya sudah bawa kepada mesyuarat persatuan penduduk tapi kesudahannya sama saja,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register