BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Lelaki Maut Dipercayai Dilanggar Kereta Di Rembau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kanak-kanak Lelaki Maut Dipercayai Dilanggar Kereta Di Rembau​

a4ffe90a6a312c132ff96ce63bba7e096a296fe9c1d3b

Kredit : IPD Rembau

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika bermain di atas jalan di belakang sebuah sekolah di Kota, di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa dipercayai sedang bermain tanpa penjagaan sebelum dilanggar sebuah Perodua Aruz yang melalui lokasi tersebut.

"Kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka.

"Pegawai penyiasat trafik sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Rembau untuk tindakan susulan dan proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Back
Top
Log in Register