TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Ab. Aziz Kaprawi (kiri) melihat lalat yang hinggap pada makanan di Kampung Mohd. Noor, Batu Pahat ketika menghadiri program di kampung berkenaan baru-baru ini.
BATU PAHAT 24 Sept. - Kehidupan penduduk Kampung Mohd. Noor di Parit Yaani di sini terganggu apabila berhadapan dengan masalah lalat yang kritikal, berpunca daripada kebun sayur berdekatan sejak beberapa tahun lalu.
Seorang penduduk, Mohd. Arip Salim, 64, mendakwa, masalah lalat akan bertambah teruk apabila kebun sayur yang terletak kira-kira 200 meter dari kampung itu membuat penanaman baharu selepas hasil dituai pemiliknya.
"Ketika itu, lalat akan datang dengan banyak di rumah kami, bukan sahaja pada waktu siang, malah turut berlaku di sebelah malam.
"Kehadiran lalat itu amat mengganggu urusan harian penduduk yang terpaksa melakukan pelbagai usaha bagi memastikan makanan tidak dihurung lalat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Seorang lagi penduduk, Norazira M. Roshid, 18, berkata, dia tidak tahan dengan kehadiran lalat yang terlalu banyak dan berharap pihak berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Katanya, masalah itu menyebabkan mereka sekeluarga tidak selera untuk menjamah makanan kerana bimbang akan mendatangkan penyakit.
"Di sini terdapat kira-kira tiga kebun sayur, namun tidak pasti kebun mana menggunakan baja daripada najis haiwan yang tidak dirawat sehingga menyebabkan kehadiran lalat dalam jumlah banyak," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Pertanian melakukan pemantauan di kebun berkenaan.
"Sekiranya benar kebun sayur tersebut menggunakan najis haiwan yang tidak dirawat sebagai baja, ini adalah satu kesalahan. Tindakan wajar dikenakan kerana menyusahkan penduduk sekitar," katanya ketika menghadiri satu majlis di kampung berkenaan dan melihat sendiri masalah tersebut baru-baru ini.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Johor/20140925/wj_01/Lalat-serang-Kg-Mohd-Noor#ixzz3EGiBJRW3
© Utusan Melayu (M) Bhd