alisha_qistina
Super Active Member
- Messages
- 6,416
- Joined
- Jun 27, 2008
- Messages
- 6,416
- Reaction score
- 257
- Points
- 81
ALOR SETAR - Keluarga mangsa kemalangan maut bas Sani Express awal pagi 26 Disember lalu, sedia memaafkan pemandu bas itu, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, namun menyatakan, lebih ‘manis’ jika permohonan maaf disuarakan sendiri oleh Mohd Kamil, bukan keluarganya.
Bakal tunang seorang daripada mangsa yang terbunuh, Noor Jismi Noordin, Rosma Abdullah, 23, yang sepatutnya meraikan hari bahagia mereka 27 Disember lalu, sehari selepas tragedi itu berkata, dia sedia memaafkan pemandu bas itu namun “saya berasa puas jika permohonan maaf keluar dari mulutnya sendiri.”
“Bagi saya, yang lepas..lepaslah. Kita tidak sepatutnya terus memikirkan sepanjang hayat. Sebagai hamba Allah, kita sewajarnya memaafkan jika orang minta maaf walaupun berat,” katanya.
Semalam, bapa Mohd Kamil, Mohd Rashid Kassim, 65, menyuarakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa kemalangan yang meragut 10 nyawa itu menerusi akhbar ini.
Mohd Rashid dari Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang, dekat sini, berharap anaknya dimaafkan kerana kejadian itu bukan berlaku dengan kehendaknya (Mohd Kamil) atau sesiapa pun jua.
Sementara itu, Ng Chin Beng, 47, bapa kepada dua mangsa yang terbunuh, Ng Poh Ngoh, 23, dan Ng Kah Kit, 14, ketika dikunjungi di rumahnya di Desa Seraya, di sini, berkata, jika dia teruskan rasa marah kepada pemandu bas itu sekalipun, dua anaknya yang terkorban tetap tidak akan kembali.
“Saya maafkan dia. Dua anak saya pun sudah tidak ada lagi, buat apa terus marah?` Saya terima ini dengan hati terbuka,” katanya.
Poh Ngoh, anak sulung Chin Beng dengan isterinya, Lim Siew Hock, 45, sementara Kah Kit pula anak bongsu.
“Saya tidak pernah menyimpam dendam kepada pemandu itu. Saya maafkan dia sebab tak mahu rasa sedih ini berlarutan,” katanya.
Bagaimanapun, pihaknya belum lagi memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Kamil kerana masih bersedih dengan kejadian itu.
“Belum bincang pasal itu, masih terlalu awal. Biarlah kami sekeluarga tenang dahulu, barulah fikirkan kemungkinan untuk ambil tindakan atau tidak,” katanya.
Ibu mangsa, Siew Hock mengakui amat terasa kehilangan dua beradik itu yang disifatkan suka berjenaka dan periang.
“Rumah kami agak sunyi sejak kehilangan mereka. Namun kami tetap akan meneruskan hidup ini dengan tabah,” katanya.
Menurutnya, upacara pengebumian kedua beradik itu disempurnakan kelmarin di Wat Padang Sera dengan kehadiran lebih 2,000 orang.
Di Kangar, Noordin Osman, 54, yang kehilangan anak lelaki, Noor Jismi, 25, ydalam kemalangan itu menyatakan kesediaan untuk memaafkan pemandu bas Sani Express yang terbabit.
“Saya sedia memaafkan pemandu itu (Mohd Kamil Mohd Rashid) jika permohonan dizahirkan secara ikhlas,” kata bapa kepada Allahyarham Noor Jismi, seorang kakitangan Ultimate Print Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan Sinar Harian, ketika dihubungi di rumahnya di Bintong, dekat sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan rayuan bapa pemandu bas berkenaan, Mohd Rashid Kassim, 65, supaya waris dan mangsa kemalangan itu memaafkan kesalahan anaknya.
Noordin berkata, sebagai umat Islam, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan bersedia memaafkan individu berkenaan walaupun kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada keluarganya.
“Jika boleh, saya berharap kemaafan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan saya bersedia menerima,” katanya yang baru kembali dari Ipoh untuk menyelesaikan kes kemalangan itu.
Di Guar Chempedak, dekat sini, dua beradik anak kepada seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu, Musa @ Ismail Abdullah turut menyatakan kesediaan memaafkan Mohd Kamil namun Mohamad Rodzi, 34, dan Mohamad Razzekhi Musa berkata, permohonan maaf itu sebaik-baiknya disuarakan sendiri oleh pemandu itu secara bersemuka, bukan oleh bapanya menerusi media.
“Kami maafkan dia," katanya.