Kami maaf pemandu tetapi...

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ALOR SETAR - Keluarga mangsa kemalangan maut bas Sani Express awal pagi 26 Disember lalu, sedia memaafkan pemandu bas itu, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, namun menyatakan, lebih ‘manis’ jika permohonan maaf disuarakan sendiri oleh Mohd Kamil, bukan keluarganya.

Bakal tunang seorang daripada mangsa yang terbunuh, Noor Jismi Noordin, Rosma Abdullah, 23, yang sepatutnya meraikan hari bahagia mereka 27 Disember lalu, sehari selepas tragedi itu berkata, dia sedia memaafkan pemandu bas itu namun “saya berasa puas jika permohonan maaf keluar dari mulutnya sendiri.”

“Bagi saya, yang lepas..lepaslah. Kita tidak sepatutnya terus memikirkan sepanjang hayat. Sebagai hamba Allah, kita sewajarnya memaafkan jika orang minta maaf walaupun berat,” katanya.

Semalam, bapa Mohd Kamil, Mohd Rashid Kassim, 65, menyuarakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa kemalangan yang meragut 10 nyawa itu menerusi akhbar ini.

Mohd Rashid dari Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang, dekat sini, berharap anaknya dimaafkan kerana kejadian itu bukan berlaku dengan kehendaknya (Mohd Kamil) atau sesiapa pun jua.

Sementara itu, Ng Chin Beng, 47, bapa kepada dua mangsa yang terbunuh, Ng Poh Ngoh, 23, dan Ng Kah Kit, 14, ketika dikunjungi di rumahnya di Desa Seraya, di sini, berkata, jika dia teruskan rasa marah kepada pemandu bas itu sekalipun, dua anaknya yang terkorban tetap tidak akan kembali.

“Saya maafkan dia. Dua anak saya pun sudah tidak ada lagi, buat apa terus marah?` Saya terima ini dengan hati terbuka,” katanya.

Poh Ngoh, anak sulung Chin Beng dengan isterinya, Lim Siew Hock, 45, sementara Kah Kit pula anak bongsu.

“Saya tidak pernah menyimpam dendam kepada pemandu itu. Saya maafkan dia sebab tak mahu rasa sedih ini berlarutan,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya belum lagi memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Kamil kerana masih bersedih dengan kejadian itu.

“Belum bincang pasal itu, masih terlalu awal. Biarlah kami sekeluarga tenang dahulu, barulah fikirkan kemungkinan untuk ambil tindakan atau tidak,” katanya.

Ibu mangsa, Siew Hock mengakui amat terasa kehilangan dua beradik itu yang disifatkan suka berjenaka dan periang.

“Rumah kami agak sunyi sejak kehilangan mereka. Namun kami tetap akan meneruskan hidup ini dengan tabah,” katanya.

Menurutnya, upacara pengebumian kedua beradik itu disempurnakan kelmarin di Wat Padang Sera dengan kehadiran lebih 2,000 orang.

Di Kangar, Noordin Osman, 54, yang kehilangan anak lelaki, Noor Jismi, 25, ydalam kemalangan itu menyatakan kesediaan untuk memaafkan pemandu bas Sani Express yang terbabit.

“Saya sedia memaafkan pemandu itu (Mohd Kamil Mohd Rashid) jika permohonan dizahirkan secara ikhlas,” kata bapa kepada Allahyarham Noor Jismi, seorang kakitangan Ultimate Print Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan Sinar Harian, ketika dihubungi di rumahnya di Bintong, dekat sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan rayuan bapa pemandu bas berkenaan, Mohd Rashid Kassim, 65, supaya waris dan mangsa kemalangan itu memaafkan kesalahan anaknya.

Noordin berkata, sebagai umat Islam, dia redha dengan ketentuan Ilahi dan bersedia memaafkan individu berkenaan walaupun kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada keluarganya.

“Jika boleh, saya berharap kemaafan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan saya bersedia menerima,” katanya yang baru kembali dari Ipoh untuk menyelesaikan kes kemalangan itu.

Di Guar Chempedak, dekat sini, dua beradik anak kepada seorang mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu, Musa @ Ismail Abdullah turut menyatakan kesediaan memaafkan Mohd Kamil namun Mohamad Rodzi, 34, dan Mohamad Razzekhi Musa berkata, permohonan maaf itu sebaik-baiknya disuarakan sendiri oleh pemandu itu secara bersemuka, bukan oleh bapanya menerusi media.

“Kami maafkan dia," katanya.
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Kenapa media tumpukan kesalahan bulat2 kepada pemandu. Bukankah sepatutnya syarikat yang perlu dipertanggungjawabkan?

Pemandu bertanggungjawab kepada syarikat.

Syarikat bertanggungjawab kepada pelanggan.
 
Last edited:

gundurowo

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 27, 2007
Messages
8,434
Reaction score
269
Points
81
tapi apsal kes sani ekspress ni,mcm terlalu dibesar2kan oleh media??

bas ekspress lain yg eksiden, takde depa besar2kan sgt sampai mcm ni skali..:-?:-?
 

aidil08

Active Member
Joined
Feb 28, 2006
Messages
1,648
Reaction score
5
Points
25
Kenapa media tumpukan kesalahan bulat2 kepada pemandu. Bukankah sepatutnya syarikat yang perlu dipertanggungjawabkan?

Pemandu bertanggungjawab kepada syarikat.

Syarikat bertanggungjawab kepada pelanggan.
tu patutnya gitulah
sian driver tu
benda dah jadi nak buat camne kan
pemandu tu pon nyesal tak tukar driver awal2
 

ayien

Fun Poster
Joined
Dec 13, 2006
Messages
420
Reaction score
1
Points
15
rasenye salah tu, pemandu yang bertanggungjawab kepada penumpang, syarikat dah menyediakan sumenye dalam keadaan paling baik, bus yang baik, pemeriksaan keatas bas,
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
rasenye salah tu, pemandu yang bertanggungjawab kepada penumpang, syarikat dah menyediakan sumenye dalam keadaan paling baik, bus yang baik, pemeriksaan keatas bas,
Syarikat bertanggungjawab kepada siapa pula?
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
tu patutnya gitulah
sian driver tu
benda dah jadi nak buat camne kan
pemandu tu pon nyesal tak tukar driver awal2
dapat upah berapa je jadi driver ni....untung pergi ke syarikat.

sepatutnya bila kena saman....ada defendan 1, defendan 2, defendan 3 dsbnya.

Defendan 1 mungkin JPJ/Kementerian, Defendan 2 mungkin Sani Ekspress, Defendan 3 mungkin driver dsbnya.
 

mokhaini

Active+ Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
3,094
Reaction score
13
Points
25
Syarikat bertanggungjawab kepada siapa pula?
sykt bas bertanggungjawab kepada penumpang dengan menyediakan kemudahan yg selesa kepada penumpang dan keselamatan dari segi tayar, enjin, dan lain lain ...

amik contoh .....

kita service kereta dipusat service yg terbaik di malaysia ... kalau dah sikap pemandu yg memandu dalam keadaan mengantuk .... dah tentu menjadi bencana .....

dalam hal ini ... pemandu memang bersalah dan tidak telus dalam keadaan dirinya yg tidak bersedia dalam memandu untuk perjalanan jauh. sepatutnya ... pemandu bas kedua tidak dibenarkan tidur sama sekali dalam perjalanan tetapi memerhatikan pemanduan driver pertama dan bersembang dengannya untuk mengelakkan driver pertama mengantuk ..... apabila sampai kedestinasi untuk rawat dan rehat atau perhentian tepi ... pemandu kedua mengambil alih pemanduan dan pemandu pertama pula melayan sembang sehingga sampai kedestinasi rehat atau tempat dituju.....

dalam etika pemanduan yg telah ditetapkan oleh JPJ, sebenarnya tidak ada isltilah tido dalam bas untuk pemandu gantian .... tetapi mereka ditugaskan untk melayan dan bersembang dengan pemandu pertama untuk mengelakkan pemandu dari hilang tumpuan ...

kita ambil contoh .... aku pernah memandu sejauh dari Johor Bahru ke Penang tanpa henti .. dan hanya berhenti untuk mengisi minyak .... aku dah penuhkan kereta dengan pelbagai makanan .... ketika itu abg aku bersembang dengan aku sehingga sampai ke pinang dan kelajuan masa tu adalah 180KM-J. cukup laju untuk sebuah kereta persona ..... tidak ada istilah mengantuk pada aku ketika itu ..... kami bersembang pelbagai isu dan perkara ... dan masa yg akmi ambil adalah dari jam 1400 sampai di penang (kem 2 rejimen batu uban) pukul 2100. bayangkan .....

Aku bukan nak tunjuk rasa bangga tetapi .... ini adalah sikap individu ..... kebyakkan yg aku perhatikan adalah bas ekpress samada ada pemandu gantian atau tidak .. memandu dengan kelajuan yg amat tinggi ....
 

aliQue

Super Active Member
Joined
Sep 26, 2006
Messages
5,139
Reaction score
31
Points
70
Syarikat bertanggungjawab memastikan pemandu diorg sentiasa bersedia and cekap untuk memmandu. Syarikat patut sediakan langkah2 lain mcm sediakan 2 pemandu ke in case salah sorg mengantuk or penat. Mungkin nampak mcm membazir tapi nyawa sepuluh org manusia tu x ternilai. So kalau nak sue, syarikat patut dinamakan sekali. Bukan blame pemandu semata2. Kalau syarikat tu rasa dah buat semua apa yang patut, leh menjawab kat mahkamah.

Kenapa di perbesarkan sgt?
Sbb 10 orang mati
Sbb bas dua tingkat - which is aku tgk pun seram n mcm x stabil
Sbb bus tu dari company Sani Express

Reason
Paham2 je la..
 

mrlan09

Legendary Member
Joined
Nov 10, 2009
Messages
10,661
Reaction score
183
Points
923
dorang tak caya takdir tuhan ker,....begitulah jadi nya kalu dah taksub sangat pd undang2 ciptaan manusia,....bangunan runtuh kontraktor kena jawab,...salah suntik doktor kena jawab, sakit perut tokey restoran kena jawab,...motor hilang polis kena jawab,..murid kena rotan cikgu kena jawab,...bas eksident driver kena jawab,....:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register