ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Noraishah
JASIN - Kebanyakan peniaga akan menaikkan harga barang sekiranya pembekal menaikkan harga bahan mentah pada Rabu ini.
Peniaga santan, Noraishah Johan, 53, berkata, setakat hari ini, dia belum menaikkan harga santan dan masih kekal RM.6.80 sekilogram.
Menurutnya, sekiranya pembekal kelapa yang diambil dari Batu Pahat, Johor menaikkan harga, maka dia juga terpaksa menaikkan sedikit harga berbanding sebelum ini.
"Saya tidak boleh menaikkan harga tinggi lagipun persaingan ada dan lokasi kedai saya di kawasan kampung.
"Maka saya juga perlu memikirkan tentang pelanggan saya dan berharap GST tidak akan bebankan kita," katanya.
Tambahnya, walaupun perniagaannya tidak mendaftar GST, namun dia mencadangkan agar kerajaan menukarkan nama cukai itu kepada denda.
"Saya rasa bila kerajaan gunakan istilah cukai baru, ramai yang pandang negatif, dan lebih baik gunakan perkataan denda.
"Seperti kita pergi umrah atau haji jika ada rukun yang kita tinggal, kita dikenakan bayaran denda dan kita akan lakukan," katanya.
Bagi peniaga pakaian, Norhidayah Abu Talib, 31, sehingga sekarang dia belum menaikkan harga dan berharap akan terus kekal dengan harga sedia ada biarpun selepas GST.
Menurutnya, dengan mengusahakan perniagaan sendiri, beberapa kos dapat dijimatkan seperti kos pengangkutan, bahan mendapatkan kain dan lain-lain lagi.
Sebab itu katanya, dia masih boleh mengekalkan harga pakaian yang diusahakannya.
"Lagipun saya mempunyai pelanggan tetap dan mereka perlu dijaga. Segala design pula saya buat, jadi kos lebih murah dan saya dapat beri harga yang berpatutan," katanya.
Peniaga kedai runcit di Pulai, Serkam, Norhazlin Husin, 41, berkata, walaupun pendapatan kedainya tidak sampai RM500,000, dia tetap mendaftarkan perniagaannya bagi GST.
Menurutnya, dia berbuat demikian sejak hujung Disember tahun lalu dan akur dengan setiap arahan kerajaan.
Katanya, walaupun masih belum menaikkan sebarang harga, dia menjangkakan barangan alat tulis akan naik selepas GST.
"Sekiranya harga pasaran naik, saya juga terpaksa menaikkan harga," katanya.