Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 21 Julai - CI Holdings Bhd. (CI Holdings) bercadang menggunakan hasil jualan kepentingan Permanis Sdn. Bhd. (Permanis) untuk membeli syarikat-syarikat yang bermasalah tetapi berpotensi besar.
Pengarah Urusannya, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, syarikat bermasalah menjadi minat CI Holdings bersandarkan kepakaran dan kemahirannya memulihkan syarikat sedemikian seperti mana dilakukan terhadap Permanis.
Johari berkata, Permanis yang dibeli pada harga RM72 juta pada 2004 berjaya dinaikkan nilainya sehingga mampu dijual pada harga RM820 juta.
Johari berkata, pihaknya juga telah memulihkan KFC Holdings (M) Bhd. sebelum ia dijual kepada Kulim (M) Bhd., selain syarikat insurans Talasco Insurans Bhd.
''Jadi, kami akan menggunakan pendekatan yang sama dengan membeli syarikat bermasalah dan tingkatkan nilainya, kemudian menjualkannya semula.
''Saya lebih melihat kepada potensi syarikat dan kebanyakan syarikat yang bermasalah adalah disebabkan tidak memiliki kemahiran pengurusan.
''Sebagai seorang profesional dalam bidang tersebut, saya mahu mendedahkan korporat dalam proses pemulihan dan pengurusan syarikat bermasalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
CI Holdings hari ini memeterai perjanjian jualan 100 peratus kepentingannya dalam Permanis dengan Asahi Group Holdings, Ltd. (Asahi) dari cadangan pelupusan kepentingan itu masih tertakluk kepada kelulusan PepsiCo, pemegang francais utama dalam Pemanis dan pihak ketiga lain selain para pemegang saham CI Holdings.
CI Holdings dalam kenyataannya di sini berkata, Lembaga Pengarah percaya cadangan pelupusan itu adalah bertepatan dan menyediakan peluang kepada CI Holdings untuk membuka nilai pelaburan dalam Permanis pada penilaian menarik.
Johari menyifatkan harga jualan Permanis mewakili nilai terbaik hasil pemulihan dan pengukuhan syarikat itu.
Mengulas tentang syarikat bermasalah yang bakal dibeli, Johari mengakui pihaknya telah menerima beberapa cadangan tetapi belum ada keputusan muktamad.
Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, Johari membayangkan banyak syarikat makanan dan minuman dalam perusahaan kecil dan sederhana yang bermasalah.
Katanya, masalah utama mereka adalah tidak mampu meluaskan pasaran dan aspek tersebut boleh dibantu oleh CI Holdings.
''Selain memulih dan meningkatkan nilai, CI Holdings juga mahu membantu meningkatkan peluang pekerjaan di kalangan rakyat Malaysia.
''Tengok sahaja Permanis, dulu kakitangannya hampir 200 orang tetapi selepas kami ambil alih, Permanis mempunyai 800 pekerja,'' kata Johari lagi.
Deloitte merupakan penasihat kewangan kepada CI Holdings untuk cadangan pelupusan Permanis.