BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kami bukan kumpulan gengster'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Zakaria (kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di Balai Polis Sungai Senam, semalam.
< 1 / 1 >
IPOH - Seorang ahli perniagaan membuat laporan Balai Polis Sungai Senam semalam, bagi menepis dakwaan bahawa dia bersama pekerja terbabit dalam kegiatan gengster seperti mana yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Zakaria Ahmad, 52, dari Batu Caves, Selangor ketika ditemui berkata, dia bersama empat pekerjanya terpaksa duduk di lokap selama empat hari sejak Khamis lalu akibat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Zakaria berkata, dia dibebaskan dengan jaminan polis atas masalah kesihatan namun pekerja terus direman dan hanya dibebaskan semalam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, dua pekerja saya yang menaiki pacuan empat roda model Toyota Hilux dalam perjalanan untuk menghantar bekalan makanan ayam di Bukit Merah sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghalang kenderaan mereka.

“Kedua-dua lelaki terbabit meluru ke kereta yang dinaiki pekerja saya sebelum merampas kunci daripada mereka.

“Mereka memperkenalkan diri sebagai penarik kereta, namun langsung tidak menunjukkan sebarang permit tarik kereta kepada pekerja saya.

“Kenderaan yang dinaiki mereka bukan milik saya dan hanya dipinjam daripada seorang sahabat.

“Kebetulan sewaktu ketika kejadian saya bersama dua pekerja lain dalam perjalanan untuk mengajak mereka minum petang bersama.

“Namun, sewaktu tiba di lokasi, saya melihat pekerja saya sedang dikejar oleh kedua-dua lelaki terbabit,” katanya.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara pekerjanya dengan lelaki terbabit dan lebih mengejutkan dia mendakwa muncul lebih kurang sekumpulan 20 lelaki dipercayai rakan kepada dua lelaki berkenaan.

“Nasib baik polis tiba untuk meleraikan keadaan dan pada jam 6 petang saya bersama pekerja ke Balai Polis Sungai Senam untuk membuat laporan tetapi dihalang oleh seorang lelaki yang mendakwa dia adalah anggota polis.

“Malah, kedua-dua lelaki tersebut mengajak kami untuk menyelesaikan perkara itu di luar tetapi perlu membayar RM20,000 sebagai ganti rugi terhadap kecederaan yang dialami akibat pergaduhan.

“Kami bertegas mahu membuat laporan polis namun masih dihalang. Namun kami dapat tahu kedua-dua lelaki terbabit sudah membuat laporan polis dan menyebabkan kami ditahan reman untuk membantu siasatan,” katanya.

Berikutan itu, Zakaria tetap meneruskan niat membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dia dan pekerjanya terancam.

“Justeru, saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dengan adil terhadap kes ini kerana kami merasakan seperti dianiayai pihak tertentu,” katanya.

Sebelum ini, dua penarik kereta terbabit yang berusia 36 dan 38 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada 12 Disember lalu.




SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kami-bukan-kumpulan-gengster-1.231089
 
maaf ckp..den mmg anti dgn penarik keto nih..samseng x kono tempat..cubo la buek mcm Mael Lambung,rilek je tarik keto..
 
Nak tarik kereta org tapi tak tunjuk permit atau surat dari bank. Lepas tu nak marah dan bergaduh bila org tak bagi tarik. Apa kejadahnya penarik kereta mcm ni?
 
Semua penarik kereta adalah ahli neraka jahannam!
 
polis sekarang bukan bole percaya sgt....akibat puak2 samseng tu wat report tu x pasal je mangsa ditahan...klu mangsa sempat buat report dahulu x semestinya dia kedalam..
inilah polis yg makan gaji haram bagi anak bini makan dgn tingkah laku yg menganiaya org lain..
nak wat mcm mana,dlm Negara ini semua boleh...
yg jahat terlepas,kebanyakan mangsa adlah org yg teraniaya..
 
Semua penarik kereta adalah ahli neraka jahannam!

Kalu tak taubat dan dimaafkan memang ambe setuju depa ni isi neraka... Depa nih idup atas air mata org. Pastu ada geng pulis cover... Blum tarik report tarik dah siap....siap ada masa dan tempat tarik....
 
Back
Top
Log in Register