BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kamera AES: Mengupas Kebenaran

SUMBER : http://dialograkyat.blogspot.com/2012/11/beza-saman-aes-di-malaysia-24-jam.html

Perbezaan Saman AES di Luar Negara VS Saman AES di Malaysia?

SAMAN AES DI AMERIKA :


  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih 1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa.


SAMAN AES DI SINGAPURA :


  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan


SAMAN AES DI MALAYSIA :

  • Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia, sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
  • Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)

terbaek... kasi UP sikit....
TT xpe la org kaya, duit melimpah ruah n dgn rela hati nya nk byr saman AES ni.. aku nk menabung... nk contohi kak mah.. dia la idola aku bab "menabung" ni.. :p
 
setakat ni belum ada kesilauan melanda mata den sepanjang drive zaman AES ni, pendapat den la, tak syok dh driving asik perati kiri kanan mana ada kamera, nk lenjan sikit pun dah riso padahal tadi dah 2jam stuck dalam jem, so aku rasa kalau nak bg puashati, sediakan 1 litar sepang setiap 4 km, kalau stress boleh men kat trek, kalau tak abis bersawang speedometer belah kanan ni ha
 
hahaha...nk banding ngn negara luo, tp kaedah langsung xsame tp tetap nk banding jugak dan menyokong kezaliman...

cerdik betol....
 
KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencatat penurunan bilangan imej kesalahan yang dirakam kamera di 14 lokasi awal pemasangannya, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, penurunan itu sekaligus membuktikan penguatkuasaan secara elektronik dapat mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas walaupun dalam jangka masa singkat pelaksanaannya.
"Sebagai contoh di kilometer 301 Kajang PLUS Expressway, rakaman imej kesalahan telah menurun sebanyak 77.25 peratus sepanjang tempoh dari 1 Oktober hingga 16 November 2012," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung keberkesanan pelaksanaan AES pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.


Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian dan perangkaan Jabatan Pengangkutan Jalan turut mendapati pengguna jalan raya kini lebih cenderung untuk menggunakan lorong kiri berbanding lorong kanan yang lebih laju.

"Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa bilangan kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan menurun sebanyak 70 peratus melalui penguatkuasaan ini selain dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus serta menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan meneruskan pemasangan 1,093 kamera AES lagi di 831 lokasi seluruh negara termasuk di Sarawak dan ia dijangka selesai pada penghujung tahun depan.

Berkenaan jumlah saman AES, Abdul Rahim berkata sehingga 26 Nov lepas, sebanyak 256,899 saman telah dikeluarkan.
"Daripada jumlah itu sebanyak 243,545 saman dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju manakala 13,354 lagi kerana melanggar peraturan lampu isyarat," katanya. - BERNAMA

owhhhh... ok laa kalo mcm tu...
 
banyak nya modal syrkt swasta ni buat AES. AES ni bukan duit krajaan. Ada kroni krajaan yang buat guna modal sendiri. beratus2 juta.
xkan dah melabur beratus2 juta. nak rugi????
msti la nk lg untung.........
 
Back
Top
Log in Register