BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

kambing bertanduk 4.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
OLEH: SYAIRAH ABDUL LAJIS
Tarikh: December 25, 2013
JOHOL -* Kebiasaannya kambing hanya mempunyai sepasang tanduk. Tapi tidak bagi kambing jantan daripada baka Barbados campuran Malaysia milik A K Lachmanan ini.

Unik. Itulah yang dapat digambarkan oleh pemiliknya, dari kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini.

Lachmanan, 52, berkata, kambing tersebut disedari bertanduk empat selepas enam bulan dilahirkan.

Kini usia kambing istimewa itu mencecah setahun lapan bulan.

“Memang ia pelik dan unik, kerana sepanjang saya mengusahakan ternakan kambing sejak 30 tahun pengalaman, belum berjumpa lagi kambing memiliki tanduk empat. Keempat-empat tanduk itu tumbuh serentak," katanya.

Menurutnya, tidak berniat untuk menjual malah sangat menyayangi kambing isitimewa itu.

Sementara itu, pekerjanya, M Ratnan, 58, berkata, dia berasa teruja apabila pertama kali melihat kambing bertanduk empat.

“Saya sudah bekerja di ladang ini selama 17 tahun dan ini kali pertama melihat kambing bertanduk empat dan ia sungguh unik.

“Untuk memeliharanya* sama sahaja seperti kambing lain cuma yang berbeza tanduk sahaja,” katanya.

Lachmanan memiliki 100 ekor kambing pelbagai baka seperti Black belly, Boer, biri-biri, kambing licin dan barbados. Setiap baka yang baik dibeli dengan harga mencecah RM2,000 seekor.

“Dulu ternakan kambing saya banyak tetapi selepas kejadian kes curi kambing sebelum Deepavali tahun ini menyebabkan jumlahnya berkurangan.

“Saya kehilangan 43 ekor kambing dari baka yang baik dengan anggaran kerugian RM20,000. Waktu itu, saya berada di hospital Putra Melaka kerana diabetes dan hanya dipantau oleh pekerja. Selepas pulang, saya dapati kambing saya dicuri dan terus buat laporan polis,” katanya.

Lachmanan yang turut menternak lembu yang kini mencecah 140 ekor berharap kejadian itu tidak berulang.

“Menjadi seorang pengusaha ternakan, perlu ada kesabaran tinggi jika tidak, tiada hasil dan keuntungan.

“Bagaimanapun, saya tetap berbangga kerana pernah memenangi tempat pertama pertandingan baka terbaik sempena Hari Peladang peringkat negeri tahun 2009. Kambing baka black belly telah menambat hati hakim dan sekali gus menjadi pengalaman manis buat saya,” katanya.


image.jpg
 
Comelnya dia...nmpak mcm bunga lapulka
 
mcm2 benda pelik dah kuar
 
xsilap kt maha dulu byk gk spesis pelik2 ni dorang pamer..smpaikan xde rare dah sbb selalu gak kua berita
 
Back
Top
Log in Register