balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Bom mortar yang ditemui di sekitar Sungai Guar Kepayang itu disahkan tidak aktif oleh pihak polis.
< 1 / 1 >
BUKIT KAYU HITAM - Seorang kaki pancing terkejut apabila menemui sebutir bom mortar ketika sedang mencari lokasi memancing ikan di sekitar Sungai Guar Kepayang, Pendang, kelmarin.
Mohd Firdaus Che Muda, 26, dari Kampung Petani berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dia sedang menunggang motosikal berhampiran tebing sungai tersebut.
“Saya selalu memancing di kawasan sungai ini dan bercadang memancing bersama rakan-rakan malam tadi (kelmarin) atau hari ini (semalam).
“Ketika sedang mencari lokasi yang sesuai, saya nampak objek aneh seperti sebuah kipas yang tertanam di dasar sungai,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia segera memberhentikan motosikal dan turun ke dalam sungai untuk melihatnya dengan lebih dekat.
“Selepas diamati, barulah saya dapat melihat keseluruhan bentuknya yang mirip sebuah bom mortar dalam keadaan separuh tertanam.
“Kebetulan, ketika itu seorang penduduk kampung yang merupakan bekas tentera turut melalui laluan tersebut dan mengesahkannya objek itu merupakan sejenis bom mortar sebelum memaklumkan kepada pihak polis,” katanya.
Mohd Firdaus berkata, ini merupakan kali pertama penemuan bom mortar di sungai tersebut yang sering menjadi tumpuan kaki-kaki pancing.
“Saya syak, kemungkinan bom mortar ini dihanyutkan dari kawasan lain berikutan musim hujan baru-baru ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, penemuan sebutir bom mortar yang menggemparkan penduduk itu merupakan sejenis bom lama yang sudah tidak aktif.
Menurutnya, bom tersebut merupakan bom mortar jenis suar (para flair) HB62 81 milimeter yang digunakan untuk menerangi sesuatu kawasan atau ruang udara oleh pihak tentera.
“Siasatan awal pihak polis mendapati bom itu berusia lebih 50 tahun dan tidak lagi aktif dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua atau zaman komunis dahulu.
“Kita mengambil tindakan membawa keluar bom tersebut dari lokasi ditemui dan akan dimusnahkan dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang media, semalam.