BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kakak jadi wali nikah

Anas Asarani

Fun Poster
Messages
939
Joined
Aug 9, 2009
Messages
939
Reaction score
1
Points
15
Kakak jadi wali nikah


2010/04/20
Ahmad Salim
Ahmad Salim
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengemukakan permohonan memfarakkan pernikahannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, membuat kejutan apabila mengaku perkahwinannya diwalikan kakak kandungnya yang menyamar sebagai ‘abang’.

Nurul Farhana Azrin Jamas Abdullah, 30, dari Sarawak, berkata beliau membenarkan kakak kandungnya menjadi wali kerana tidak arif dan baru memeluk Islam pada 1997.
“Perkahwinan saya yang pertama juga diwalikan oleh kakak sulung saya itu. Perkahwinan kali kedua dengan suami sekarang pada 17 April 2004.
“Semua kakak saya yang uruskan. Perkahwinan kedua saya dinikahkan oleh seorang jurunikah di sebuah masjid di Pantai Dalam, tetapi saya tidak ingat namanya,” katanya ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamed Zain.

Nurul Farhana berkata, beliau sebelum ini tidak memaklumkan status wali kepada suaminya, Ahmad Salim Moideen, 30, kerana diugut akan dibuang keluarga jika mendedahkan perkara itu.

Katanya, kakaknya kini menghilangkan diri selepas Ahmad Salim mengetahui perkara sebenar.

Sementara itu, Ahmad Salim dalam keterangannya, berkata penampilan dan suara kakak iparnya, Nawi a/k Ilai yang didakwa sudah memeluk Islam ketika itu, memang seperti lelaki.
“Sebenarnya pada hari pernikahan, saya mula was-was apabila melihat nombor kad pengenalannya tetapi jurunikah ketika itu meneruskan saja pernikahan.

“Jika saya tahu dia seorang wanita, saya tidak akan teruskan kerana ia membabitkan hukum dan menjadi masalah. Saya datang ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini dan sanggup berpisah dengan isteri buat sementara waktu,” katanya yang hanya mengetahui status kakak iparnya pada 2008.

Mohd Yunus dalam keputusannya memerintahkan kes itu dijalankan secara perbicaraan penuh dan meminta pasangan itu mencari imam masjid yang menikahkan mereka bagi memberi keterangan.

Mahkamah menetapkan 15 Jun ini untuk perbicaraan kes itu.
 
kakak mcm ni pun ada ka..tu la akibat x sekolah dulu nih..ape daa.
 
alamak.. basic pon tak taw ka?
 
La... Dah Takde Sedara Mara Lelaki Lagi Ke? Budusnye...
 
masalah betui nie..

mana bule cam tu..

isk3..
 
kakak dia da islam ke belum......

yang menjadi suami dia pun x tau ke rukun nikah...
 
kita kaji satu satu.

1) pengantin perempuan memeluk agama islam walaubagaimanapun tidak dinyatakan bahawa samada kakaknya (yg menjadi wali) memeluk agama islam ataupun tidak.

2) dinikahkan oleh seorang jurunikah bertempat di pantai dalam, KL.

maka nikah itu adalah tidak sah sama sekali kerana.

1) kakak pengantin perempuan itu tadi adalah fasiq dan menyembunyikan status jantinanya samada dia perempuan atau lelaki. melainkan kakaknya adalah khunsa.

2) jurunikah yg tidak bertauliah. sekiranya bertauliah, maka segala procedures haruslah dikuti termasuk meneliti borang nikah, IC wali, ic pengantin lelaki dan perempuan, IC saksi. kursus nikah yg dihadiri. dan juga status wali dan juga pengantin. maka disini jurunikah itu adalah fasiq.

p/s: teringat satu kes dulu dimana seorang perempuan mengahwini seorang perempuan dan menggunakan zakar palsu untuk memuaskan "isterinya".
 
Back
Top
Log in Register