BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kakak artis lalok

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
Kakak artis lalok
Oleh Hadzlihady Hassan
[email protected]
2010/01/21


AMPANG: Kakak kepada seorang pelakon wanita yang popular sekitar tahun 90-an ditahan dalam satu serbuan polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, awal pagi semalam.

Difahamkan, mereka yang ditahan itu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki warga Aceh dan rumah berkenaan disewa lelaki itu untuk dijadikan lokasi pembungkusan dadah sebelum diedarkan.

Menurut sumber polis, serbuan itu dilakukan kira-kira jam 1 pagi diketuai seorang pegawai bersama lapan anggota menahan mereka yang ketika itu dikatakan dalam keadaan khayal. “Ketika serbuan, polis terpaksa memecahkan pintu kerana selepas beberapa kali diketuk, mereka enggan memberikan kerjasama.

“Bimbang kemungkinan mereka membuang segala bahan bukti, polis terpaksa memecahkan pintu dan menemui mereka dalam sebuah bilik,” katanya.

Menurutnya, ketika serbuan itu, lelaki warga Aceh terbabit cuba terjun dari tingkat lima kondominium berkenaan bagi mengelak ditahan.

“Lelaki itu cuba melarikan diri dan mahu terjun, namun dia terpaksa membatalkan hasrat itu selepas melihat anggota polis sudah bersedia di bawah selain risau keselamatannya.

“Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan air kencing dan didapati positif dadah,” katanya. Ketika ditahan, kakak pelakon berkenaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik adiknya itu, namun kenderaan terbabit sudah diserahkan kembali kepada pelakon itu.

Difahamkan, kakak pelakon terbabit sudah bercerai dengan suaminya dan mempunyai tiga anak dan kini dikatakan sudah bertunang dengan seorang lelaki.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat 220 gram, 50 pil Eramin 5, ganja dan 20 biji pil ecstacy serta heroin.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 15 (a) dan Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan semua suspek terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.
 
org KL.. da jadi normal da kalo gitu..

ce try lalu area bkt bintang 2pg.. cam pasar borong gayanya.. apa tah yg best sesak2 gitu...:-?:-?
 
sape tu ?? takleh nak recall la pulak
 
kakak artis lak...lalok....biaq pi kat depa...
 
Back
Top
Log in Register