balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Suzanne memakai skirt berwarna merah sebelum diminta memakai kain sarung. (Gambar kecil kanan).
PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berasa amat kesal dengan kejadian seorang pelanggan wanitanya yang diberikan kain sarung kerana memakai skirt singkat ketika berurusan di sebuah pejabat cawangan JPJ, Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.
Menurut JPJ, seorang wanita bergelar Suzanne G L Tan membuat dakwaan di akaun Facebooknya bahawa dia diarahkan memakai kain sarung ketika berkunjung di sebuah pejabat cawangan jabatan berkenaan.
Justeru, JPJ menegaskan, pihaknya tidak mempunyai polisi untuk memberikan kain sarung kepada pelanggan sekiranya mereka mengenakan pakaian yang tidak menepati garis panduan kod etika berpakaian.
“Kami berasa amat kesal dengan kejadian ini dan memohon maaf kepadanya di atas kesulitan itu.
“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian,” kata JPJ menerusi satu kenyataan di sini semalam.
Wanita itu yang diarahkan memakai kain sarung selepas dia didapati tidak mematuhi etika berpakaian ketika berurusan di kaunter JPJ menjadi viral di media sosial.
Wanita berkenaan mendakwa dia pergi pejabat berkenaan kerana ingin menukar nama pemilik kereta yang telah dijualnya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm