BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadar bunuh diri dijangka naik

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - Kadar bunuh diri di Malaysia dijangka meningkat jika pencegahan tidak dilakukan segera.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, antara faktor yang sering menyumbang kepada tekanan melampau ialah putus cinta serta kecewa dengan kerjaya atau pelajaran.

“Keadaan ini menjadikan pelaku merasakan hidupnya tidak bererti lagi. Pelaku tidak sanggup untuk teruskan hidup lalu mengambil keputusan membunuh diri,” katanya.

Menurutnya, keluarga memainkan peranan penting bagi memastikan tiada anggota keluarga terjebak dengan kes bunuh diri.

“Kita tidak wajar membebankan ahli keluarga sama ada dengan beban kerjaya, pelajaran, kewangan atau tanggungjawab. Sebagai contoh, ibu bapa memang mahukan anaknya cemerlang tapi jangan sampai mengugut atau membandingkan dengan kejayaan anak yang lain.

“Cara tersebut boleh menimbulkan tekanan dan jika si anak bimbang gagal memenuhi kehendak ibu bapa, dia akan alami tekanan melampau. Tidak mustahil dia akan bunuh diri kerana kecewa,” katanya.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia baru-baru ini menyebut seorang individu membunuh diri setiap 40 saat di seluruh dunia manakala di Malaysia, nisbah semasa bagi bunuh diri dari 2007 sehingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang.

Menurut Suzana, tekanan melampau ialah punca utama seseorang individu mengambil tindakan bunuh diri.

Katanya, masyarakat perlu mewujudkan hubungan rapat dengan orang sekeliling agar dapat mengenal pasti sikap pelaku.

“Ambil berat tentang perubahan sikap adik beradik, kawan, rakan sekerja dan bantu mereka atasi masalah yang dihadapi. Jangan memburukkan keadaan dengan menghebahkan kelakuan tidak baik agar pelaku tidak rasa tertekan.

“Selain itu, ibu bapa perlu ajar anak-anak utamakan agama. Manusia yang bergantung sepenuhnya kepada ALLAH SWT tidak akan alami tekanan melampau walaupun berdepan pelbagai ujian,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/kadar-bunuh-diri-dijangka-naik-1.322065
 
tekanan hidup..
Susah woo..
dahlah tersepit..
dihimpit lagi..

adoii...
 
mmg xdinafikan..kos sara hidup yang tinggi sekarang ni boleh jadi salah satu penyumbang kadar bunuh diri di malaysia..
 
putus cinta

nak cegah cmne klo putus cinta..tonggeng sorang2 la jawabnye
 
harga minyak naik x de orang bunuh diri ka??/
 
tekanan hidup
harga barang naik
gaji masih takat tu
nak beli rumah tak mampu - menyewa, kadang2 duit tak ckup nak bayar sewa, tuan rumah datang marah2 mintak duit atau kene halau - ni pon dah ckup stress
nak beli kereta pergi kerja tak mampu, jalan kaki, sampai kerja lambat kene marah - stress lagi
anak2 sekolah nak duit, bayar tuisyen sorg anak sebulan pon skrg dah 300-400, stress lagi
belum lagi bil api bil air, keperluan lain2, makan minum, asas hidup sebagai manusia
gaji cuma 1000.00 je, boleh ke tampung

ade kerajaan nak kaji benda ni semua??

tak payah kaji sebab yang atasan tu semua kata pendapatan isi rumah malaysia yang maju ni semuanya 59999
 
Perenggan last tu betul.
tapi ada juga yg kuat agama pun asik nk bunuh diri.
zaman skrg ibu bapa kena ada ilmu psikologi sekali.
gabung kedua-duanya utk didik anak di zaman yg makin mencabar ni.

Kenapa suzana cuma highlight putus cinta atau kecewa sbb pelajaran/kerjaya.
Bebanan kewangan pun antara punca utama kenapa ramai bunuh diri.

Da la harini ramai bengang sbb minyak naik.
Makin stress je rakyat malaysia.
 
kos sume gaji tahap minima 900 masih tak dapat diselaraskan. duit tak cukup, tekanan pun tinggi.
 
aku nak wat iklan la camtu... nak tulis mcm nie...

STRESS : Sy ada menyediakan perkhidmatan membunuh diri, sekali bayar sampai mati... mempunyai bnyk pilihan destinasi seperti khalayak ramai, permandangan indah seperti laut, tersembunyi, bangunan tinggi, bersama haiwan comel seperti harimau buaya singa dsbg, glamer dan memacam lagi... anda sebutkan dan sy hajati permintaan anda...sekali bayar sampai mati peluang datang hanya sekali... bila dah mati tiada lagi...

agak2 ramai x pelanggan...:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register