BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kadang-kadang rasa down sangat.

tt aku pun sama mcm ko jgk.hr2 buat keje yg sama,bosan jgk mcm x kmana.baru2 ni appraiser bos bg atas garis je point dia bg.kire down jgk la.pastu kadang dgn kje org kejar2 payment la,bos cerewet la srabut aku.tp bg aku x prnah nak cemburu dgn nasib org,aku cube nk buat bende lain.

skrg aku bisnes kecil2 buat nasi lemak,nsi kukus jual bungkus siap kat ofis adik aku.so far laku.& ape yg aku nmpak bisnes bole buat aku happy.ade jgk kadang x laku nsi x terjual tp besela bisnes kn.tu yg aku bukak thread nk berniaga apa plak blan posa ni & insyaAllah kalu stabil bisnes yg aku buat ni aku nk benti kje & buat full time bisnes jual nasi ni plak pkai lori

Betul tuh, sekarang aku macam ni la. Stress keja setiap hari. Tapi ada ke keja tak stress. Setiap hari duk ulang buat benda yang sama, kadang terpikir sampai bila. Takkan aku nak level/stage macam ni ja. Bila tengok rakan2 lain yang berjaya, rasa down. Apa tak cukup ka usaha aku selama ni? Sekarang balik kerja, kadang2 siap pikiran melayang. Smpai bila aku nak jadi macam ni. Bila tengok semua orang berpusu2 pagi nak pergi kerja, dah waktu petang berpusu2 nak balik rumah. Dengan jalan jem, ada yang bawak moto keta laju. Ada yang bawak sepoi2 bahasa. Ada yang macam berak kapur, ada yang nampak satu hari yang penuh kegagalan. Setiap hari ulang benda yang sama. Kenapa hidup sampai macam ni? ~X(~X(
 
cuba kongsikan masalah tu dgn org rmh.
dan usahakan dapat anak.

orang tua2 ckp anak2 tu penyeri hidup.

Belum rezeki kot nk ada anak lagi. Asyik stress ja setiap hari. Rasa down, kadang2 dok saja2 pon boleh mengeluh dengan tak semena2.
 
dizaman ini

kita yg miskin menjadi hamba wang
 
cuba cari keje lain.

sebelum aku dpt keje sekarang ni. aku dah interview 13 kali tapi x dpt2. siap ada yg dah lulus exam, intebiu dgn dah tepon aku nak panggil kerja. last2 tak dapat gak. tu namanya rejeki.

rezeki bukan takat hidup mewah je. diri ni sihat pun panggil rezeki. dapat isteri yg baik pun rezeki. banyak2 bersabar ye tt. usaha lagi.
 
Semakin tt cuba utk pasrah dan bersyukur, semakin kuat la jugak usaha setan utk menghasut.. Masa tu apa yg ada dalam hati pun akan ikut goyang sama.. Peringatan utk diri sendiri..:D
 
Teringat kata2 pensyarah ekonomi dulu.

Kehendak tidak terbatas.

Nafsu itu yang tidak terbatas.

Kalau dapat betis, nakkan peha pula.

Tidak dinafikan semua orang memang ada nafsu untuk kehidupan yang lebih baik.

Tetapi cuba kurangkan perbandingan dengan orang lain.

Jika selalu sangat banding, sampai bila hidup tak tenteram dan tak tenang.

Ini kerana sentiasa akan ada orang yang lebih baik.

Jangan buat perbandingan dengan orang susah pula, nanti timbul perasaan riak.

Kalau kurangkan perbandingan, dan redha, insyaAllah lagi mudah untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sekian.
 
Salaam.

Biasa tu TT.

Semua yang bernama manusia pernah alami.

Kuatkan hubungan dengan Allah SWT.

Insha-allah, tenang jiwa.

Kelangsungan hidup jadi lebih mudah.



Aku pernah gak terdetik bila nampak orang pakai kereta besar.

Aku berangan aku berkereta besar.

Time tu gak aku boleh bayang yang aku ni riak, ujub dan sombong.

Baru berangan aku dah takut.

Tak nak lah kereta besar.

Insha-allah, kalau aku kaya esok, aku tak nak tunjuk aku kaya.


Dunia ni permainan dan senda gurau jer; Allah SWT sebut dalam Al-Quran sebut.

Kehidupan sebenar di akhirat sana.

Teringat hadis Rasulullah SAW.

Baginda cemburu tengok orang miskin. Akhirat esok tak lama bila dihisab di depan Allah SWT sebab harta apa pun takde.

Faham molek, jangan spin :)paid

#redha
#syukur
#istiqamah
 
Last edited:
My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu sudah.

Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah.

Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.

...

Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

...

Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.

Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.

Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.

Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

...

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.

Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff.

Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi !

Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.

Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.

So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

...

Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

...

So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu............harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni.

Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.

Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya..........kita taktau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.

...

Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Hoho.

Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.

K bye.

Copy Paste daripada Share Facebook
 
Last edited:
cuba cari keje lain.

sebelum aku dpt keje sekarang ni. aku dah interview 13 kali tapi x dpt2. siap ada yg dah lulus exam, intebiu dgn dah tepon aku nak panggil kerja. last2 tak dapat gak. tu namanya rejeki.

rezeki bukan takat hidup mewah je. diri ni sihat pun panggil rezeki. dapat isteri yg baik pun rezeki. banyak2 bersabar ye tt. usaha lagi.

In sha Allah. Terima kasih atas nasihat. Yang penting kena banyakkan bersabar. :D
 
Back
Top
Log in Register