BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kad Hari Raya Untuk Pak Lah

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
Nampak gaya seolah-olah Pak Lah sudah semakin hampir pergi. Mungkin juga kerana berkat Ramadhan, Allah S.W.T. membuka jalan untuk kebaikan ini buat rakyat Malaysia yang tawakal kepadaNya.

Namun Allah tidak akan mengurniakan kebaikan ini tanpa usaha. Oleh itu, apakah cara terbaik untuk rakyat marhaen memastikan Pak Lah berundur secepat mungkin dan dengan penuh kehormatan? Dengan penuh perasaan ghibtah terhadap kejayaan Kickdefella diberi perlindungan oleh polis baru-baru ini, saya mendapat ilham.

Bagaimana kalau kita semua, seluruh rakyat Malaysia, menhantarkan kad Hari Raya kepada Pak Lah yang berisikan segala hasrat yang dipendam. Begini lebih kurang saya bercadang untuk menulis sebagai pesanan Hari Raya untuk Pak Lah:

Assalamualaikum Pak Lah. Sempena Hari Raya Aidul Fitri, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya serta memohon maaf sekiranya kata-kata dan penulisan hamba Allah ini sepanjang pemerintahan Datuk Seri mengguris hati. Walaupun saya sedar apa yang ditulis dan dikatakan tentang kelemahan pentadbiran Datuk Seri benar belaka, namun pasti menimbulkan juga perasaan sakit hati yang menjadi tumpuan permohonan maaf ini.

Ingin juga saya mengesyorkan Datuk Seri mengambil kesempatan dari ucapan sempena 1 Syawal ini untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala kesilapan dan dosa yang dilakukan oleh atau atas nama pentadbiran Datuk Seri. Insya'Allah, rakyat Malaysia akan memaafkan Datuk Seri sekiranya ucapan yang sama diakhiri dengan pengisytiharaan perletakan jawatan Datuk Seri dari semua jawatan kerajaan dan UMNO pada tarikh sebelum 9 Oktober 2008.


Mungkin bahasanya perlu saya perbaiki, tetapi bagaimana? Mahukah rakyat Malaysia mengajukan permohonan seumpama ini kepada Pak Lah sempena Hari Raya Aidul Fitri ini? Inilah masa dan peluang terbaik untuk kita bersama-sama memastikan pemergian Pak Lah dari tampuk pemerintahan secara terhormat. Mari kita usahakan bersama...

http://thoughtsintangents.blogspot.com/

Anda juga boleh ucapkan Selamat Hari Raya untuk Pak Lah.

Jangan malu-malu.

Sila-Sila.
:D
 
Selamat hari Raya..Teruskan Misimu mengagalkan usaha PAKATAN RAKYAT merampas KERAJAAN YANG SAH DI SISI UNDANG UNDANG:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
paklah mmg wajib letak jawatan.paklah banyak menganiaya rakyat.kucar kacir tanah melayu ni bawah paklah.
 
slamat ari raya paklah & son-in-law.. nk duit rayeeeee bnyk2... kalo bley nk pinjam dlm 1-2 juta.. bley..? nk wat bisnes..kecil2-lan
 
slamat ari raya paklah & son-in-law.. nk duit rayeeeee bnyk2... kalo bley nk pinjam dlm 1-2 juta.. bley..? nk wat bisnes..kecil2-lan

Buat apa sampai dua juta? Seribu dah le/ Niaga kecik je kan?
 
Selamat Hari Haya kepada semua. Maaf zahir n batin..
 
slmat hari raya pak lah.n selamat beristirehat...

pecah kaca..
pecah gelas..
sudah baca..
harap balas..
 
Back
Top
Log in Register