BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jyothi Raj Spider Man India

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_07.1.jpg
PELAJAR-PELAJAR sekolah terpegun melihat aksi Raj.

NEW DELHI - Kedua-dua tangan Jyothi Raj, seorang bekas buruh binaan di negeri Karnataka, India melekat seperti watak Spider Man ketika dia memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.

Jyothi, 22, menyedari dia memiliki keupayaan luar biasa itu empat tahun lalu ketika memanjat pelantar buluh yang biasa digunakan oleh pekerja binaan di rantau Asia.

Dia mendakwa tidak pernah menggunakan abah-abah atau sebarang peralatan keselamatan lain ketika memanjat.

Kebolehannya itu diperoleh selepas dia melihat monyet memanjat pokok dan menyaksikan lakonan pelagak ngeri dalam filem kegemarannya.

"Pada setiap hujung minggu, saya memanjat di kubu yang terkenal di Chitradurga untuk menghiburkan penonton," katanya.

"Saya suka melihat muka penonton apabila saya memanjat dalam keadaan terbalik dan mendengar nafas mereka terhenti kerana bimbang dengan keselamatan saya," ujarnya. - Agensi

du_07.2.jpg
du_07.3.jpg
 
Back
Top
Log in Register