BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Justin Bieber & Hailey Baldwin Dilaporkan Bertunang

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
bieberrr%2B2.jpg

PASANGAN selebriti yang paling diminati di Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan telah bertunang baru-baru ini.

Menurut laporan portal TMZ, Bieber telah rasmi bertunang dengan Hailey selepas beberapa keping gambar menggunakan #CongratsJustinAndHailey tersebar meluas di media sosial.


Perkara itu berlaku selepas Hailey dikatakan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan cincin pertunangan mereka yang dipakai pada jarinya.

Para peminat Bieber amat terkejut melihat gambar itu dan menganggap gambar tersebut adalah palsu.

Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.

http://www.cari.gold/2015/04/justin-bieber-hailey-baldwin-dilaporkan.html
 
Justin Bieber bertunang dengan Hailey Baldwin

JB_cropped_1531096262.jpg


JUSTIN Bieber dan Hailey Baldwin​

BINTANG pop remaja, Justin Bieber dilaporkan bakal berkahwin apabila dia dipercayai melamar kekasihnya, Hailey Baldwin selepas mereka bercinta selama sebulan

Menurut laman web selebriti, TMZ, penyanyi kelahiran Kanada berusia 24 tahun itu dilaporkan melamar Baldwin, 21, ketika makan malam di sebuah restoran di Bahamas

Laman web itu yang memetik saksi yang berada di dalam restoran terbabit berkata, pasukan keselamatan Bieber mengarahkan mereka menyimpan telefon bimbit masing-masing ketika penyanyi itu melamar kekasihnya

Namun, wakil Bieber tidak memberikan maklum balas berhubung berita berkenaan tetapi ahli keluarga pasangan itu mendakwa laporan mengenai lamaran itu adalah benar

“Rasa bangga adalah satu perkara remeh. Sebenarnya teruja untuk bab seterusnya,” kata bapa penyanyi itu, Jeremy Bieber di Instagram yang turut memuat naik gambar anak lelakinya itu

Sementara itu, ibu Bieber, Pattie Mallette, sekadar memuat naik mesej ‘Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta, Cinta’ di Twitternya

Baldwin, seorang model ialah anak perempuan aktor, Stephen Baldwin, manakala ibunya, berasal dari Brazil

Sebelum ini, Bieber dilaporkan pernah menjalin hubungan dengan penyanyi, Selena Gomez dan model, Sofia Richie

Dia dilaporkan bercinta dengan Baldwin sejak sebulan lalu

http://www.hmetro.com.my/global/2018/07/355889/justin-bieber-bertunang-dengan-hailey-baldwin
 
Back
Top
Log in Register