ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pondok tol selepas dirempuh sebuah lori Khamis lalu.
BEHRANG - Seorang jurutol di Plaza Tol Behrang, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) cedera apabila pondok tol tempat dia bertugas dirempuh sebuah lori, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 5.30 itu, Hamidah Harun, 30, cedera di kaki akibat tersepit di dalam pondok tol yang rosak teruk akibat dirempuh lori berkenaan.
Menurutnya, pemandu lori terbabit, M Donovan, 29, dan dua kelindan, T Aravind, 18, serta Thiruasan Jaya Kumaran, 15, turut mengalami kecederaan ringan.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila sebuah lori dari Kuala Lumpur membawa bahan cecair kimia yang belum diketahui jenisnya hilang kawalan ketika memasuki plaza tol berkenaan dari Jalan Persekutuan.
"Rempuhan itu menyebabkan pondok tol ranap dan seorang jurutol wanita yang sedang bertugas tersepit di dalam pondok berkenaan.
"Wanita itu cedera di kaki manakala pemandu lori tersepit di bahagian pemandu. Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba," katanya kepada pemberita kelmarin.
Ahmad berkata, dua kelindan lori berjaya keluar sendiri manakala jurutol dan pemandu lori yang cedera dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, anggota bomba terpaksa membersihkan bahan kimia yang tumpah di atas jalan raya dengan menutup laluan masuk dari Jalan Persekutuan ke Plaza Tol Behrang.
Kejadian disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.