BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruterbang Malaysia dikesan bawa dadah ditahan di Indonesia

PDRM Sedia Perkukuh Keselamatan Penerbangan, Libat Anggota Dalam AVSEC​

cb3688461b49a4435bde44f212cbfefc69788309513ff

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia memberi kerjasama penuh susulan keputusan Jemaah Menteri mengenai penglibatan anggota polis dalam pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC), sebagai langkah penambahbaikan segera kawalan keselamatan penerbangan negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata PDRM bersama-sama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensi berkaitan, kini sedang memperincikan mekanisme pelaksanaannya.

Beliau berkata perkara itu termasuk skop penugasan, lokasi penempatan, keperluan sumber manusia, bidang tanggungjawab serta penyelarasan operasi.

“PDRM berpandangan bahawa penglibatan pasukan polis dalam ekosistem keselamatan penerbangan, akan memperkukuh keupayaan perkongsian risikan, pengesanan awal, penyelarasan penguatkuasaan serta tindakan segera terhadap sebarang ancaman atau kegiatan jenayah yang cuba mengeksploitasi kemudahan dan prosedur penerbangan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata langkah itu akan menjadi sebahagian daripada sistem keselamatan yang lebih menyeluruh dan berlapis, merangkumi pengukuhan kawalan akses, prosedur saringan, pemeriksaan keselamatan, penilaian risiko serta kerjasama strategik antara semua agensi dan pihak berkepentingan.

Mohd Khalid berkata pelaksanaan kawalan keselamatan yang lebih ketat, bersepadu dan berasaskan risikan, diyakini mampu memperkukuh keupayaan pencegahan, mengurangkan risiko serta menutup ruang yang berpotensi dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

“PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan penerbangan dan keselamatan pintu keluar masuk negara akan terus diberikan keutamaan.

“Sebarang cubaan menggunakan industri penerbangan sebagai saluran kegiatan jenayah tidak akan dikompromi,” katanya.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan kerajaan akan menempatkan anggota PDRM dalam pasukan AVSEC, sebagai langkah segera memperkukuh kawalan keselamatan di lapangan terbang,  susulan kes juruterbang Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup dadah.

 

Kes Dadah: Malaysia Diberi Akses Siasatan Juruterbang Di Jakarta​

910f81b99ec5d5e6207065f6a4124aec6a7d656845ccc

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) menyaksikan sesi mendatangani serah terima Helikopter AW189 antara Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman (dua,kiri) dan Pengarah Urusan Galaxy Aerospace Malaysia Sdn Bhd Datuk Shamsul Kamar Shamsudin (dua,kanan) pada Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang, hari ini.

Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan meskipun masih berada di peringkat awal.

Beliau berkata pihaknya telah menerima taklimat awal daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan mengenai status terkini proses tersebut.

“Masih dalam proses, biar mereka lengkapkan dahulu proses itu dan saya juga akan berkongsi apa-apa perkembangan baharu daripada siasatan itu nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Subang di sini, hari ini.

Beliau berkata susulan itu, satu pelan komprehensif untuk menambah baik kawalan keselamatan di lapangan terbang negara dijadual dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Rabu depan.

Saifuddin Nasution berkata beliau telah meneliti taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman yang mempengerusikan mesyuarat pelbagai agensi bagi memperincikan pelan tersebut.

“Saya memberikan tempoh dua minggu sejak minggu lepas untuk mereka memperincikan pelan ini. Jika tiada sebarang perubahan, saya akan membentangkannya pada mesyuarat Kabinet akan datang bersama-sama Menteri Pengangkutan,” katanya.

Pada 29 Julai lepas, seorang juruterbang warga Malaysia ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah termasuk lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25 kilogram.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH727 dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

 
417603-417603.jpg


Siasatan juruterbang ditahan seludup dadah di Jakarta buka petunjuk baharu - Bukit Aman

Kuala Lumpur: Siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia, membuka petunjuk baharu mengenai caranya melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang serta aliran kewangan sindiket dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menjejaki ahli sindiket dadah yang dipercayai terbabit di negara ini.

Perkara itu diperoleh hasil soal siasat melalui pertemuan pasukan JSJN dengan suspek di negara berkenaan.

"Perjumpaan selama dua hari awal berkenaan, pasukan JSJN mendapat maklumat membabitkan sindiket yang terbabit di Malaysia dan luar negara yang berkaitan selain pembabitan penama dalam rangkaian sindiket dadah dalam dan luar negara," katanya, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, pertemuan itu juga sangat membantu memberi maklumat kepada pihaknya dalam beberapa aspek termasuk iaitu menjejaki ahli sindiket yang terbabit di negara ini.

"Selain itu, menyalurkan maklumat penting berkaitan rangkaian sindiket dadah antarabangsa kepada agensi dadah negara-negara berkaitan. Mendapat tahu bagaimana suspek dapat melepasi pemeriksaan di KLIA selain mengetahui aliran kewangan sindiket dadah dalam dan luar negara," katanya.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, pihaknya mendapat kerjasama yang sangat baik daripada Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) untuk pasukan JSJN berjumpa dan menjalankan soal siasat terhadap suspek.

"Jadual asal (pertemuan untuk siasatan) adalah pada 12 hingga 13 Ogos dan perjumpaan itu berjalan dengan baik, malah pihak POLRI juga memberi ruang kepada kita untuk menambah sehari lagi iaitu dilanjutkan sehingga 14 Ogos (hari ini).

"Suspek juga memberi kerjasama yang baik," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, JSJN Bukit Aman akan menghantar pasukan pegawai penyiasat ke Jakarta, Indonesia pada 11 hingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah membabitkan seorang juruterbang warga Malaysia.

Suspek sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah ke negara berkenaan pada 28 Julai lalu.
 
418009-418009.jpg


Juruterbang dipercayai bawa dadah ke beberapa negara sejak 2024

KUALA LUMPUR: Juruterbang Malaysia yang ditahan kerana menyeludup lebih 26 kilogram (kg) dadah ke Indonesia akhir bulan lalu dipercayai sudah beberapa kali membawa dadah keluar dari Malaysia ke beberapa negara sejak 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dapatan itu diperoleh hasil soal siasat pasukannya terhadap juruterbang berkenaan di Jakarta.

“Dia terbabit sejak 2024 dengan peranannya membawa dadah keluar dari negara ke beberapa destinasi mengikut jadual penerbangannya.

“Ini bukan kali pertama kerana dia sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara,” katanya ketika dihubungi.

Hussein berkata, juruterbang berkenaan turut mendedahkan maklumat mengenai beberapa sindiket dadah di Malaysia dan negara lain, termasuk Indonesia.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan lanjut terhadap anggota sindiket yang dikenal pasti, termasuk meneliti aliran kewangan berkaitan penjualan dadah.

Maklumat mengenai rangkaian sindiket antarabangsa itu turut akan disalurkan kepada agensi penguatkuasaan dadah di negara berkaitan.

Siasatan turut mendapati tiada petunjuk menunjukkan pembabitan orang dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika juruterbang itu melepasi pemeriksaan.

“Hasil soal siasat mendapati tiada petunjuk menunjukkan pembabitan orang dalam di KLIA.

“Ini bermaksud dia bertindak secara solo ketika melepasi pemeriksaan dan perkara itu perlu diperhalusi bagi mengetahui bagaimana dadah berkenaan tidak dapat dikesan,” katanya.

Beliau berkata, PDRM setakat ini berpuas hati tiada pembabitan orang dalam dalam proses berkenaan.

Bagaimanapun, kaedah yang digunakan juruterbang itu untuk melepasi pemeriksaan tidak didedahkan bagi memastikan siasatan tidak terjejas.

Hussein berkata, juruterbang berkenaan masih ditahan Polis Republik Indonesia (POLRI) dan perlu melalui proses undang-undang Indonesia.

Mengulas kemungkinan suspek diekstradisi ke Malaysia, beliau berkata, perkara itu membabitkan urusan kedua-dua negara dan enggan mengulas lanjut.

Ditanya mengenai jumlah penghantaran, negara yang menjadi destinasi serta upah diterima juruterbang itu sejak 2024, Hussein berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.

Terdahulu, Hussein berkata, pasukan JSJN bertemu dan menyoal juruterbang berkenaan di Jakarta dalam sesi yang pada asalnya dijadualkan pada Rabu dan Khamis lalu, sebelum dilanjutkan hingga Jumaat dengan kebenaran POLRI.

Beliau berkata, pasukannya mendapat kerjasama sangat baik daripada POLRI sepanjang pertemuan itu, manakala juruterbang berkenaan turut memberikan kerjasama.

Artikel ➡️ Buletin TV3
 

Juruterbang Ditahan Di Jakarta Disyaki Seludup Dadah Sejak 2024​

66f41749f14a13be38574e70fcc83c0a6a81a755e7fac

Datuk Hussein Omar Khan

Juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan yang ditahan di Indonesia bulan lepas berhubung penemuan dadah dianggarkan bernilai RM45 juta, dipercayai telah beberapa kali menyeludup bahan terlarang itu ke luar negara sejak 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai menggunakan jadual penerbangannya untuk membawa dadah ke beberapa destinasi.

“Ini bukan kali pertama kerana dia sudah beberapa kali membawa dadah ke beberapa negara,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kegiatan lelaki itu terbongkar hasil sesi soal siasat yang dijalankan oleh sepasukan pegawai JSJN terhadapnya di Jakarta baru-baru ini.

Hussein berkata hasil soal siasat itu turut mendedahkan kewujudan beberapa rangkaian sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di Malaysia dan luar negara termasuk Indonesia.

Susulan itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat serta menjejaki aliran pergerakan wang pengedaran tersebut, selain akan memanjangkan maklumat berkenaan kepada agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa berkaitan.

Mengulas mengenai taktik suspek melepasi pemeriksaan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Hussein berkata siasatan mendapati lelaki itu bergerak secara bersendirian tanpa bantuan mana-mana “orang dalam”.

“Polis berpuas hati bahawa tiada penglibatan orang dalam ketika proses suspek melepasi pemeriksaan di KLIA. Bagaimanapun, modus operandi yang digunakan tidak dapat didedahkan bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Republik Indonesia (POLRI) atas kerjasama erat dalam membantu siasatan, khususnya ketika sesi soal siasat terhadap suspek di Jakarta yang berakhir pada Jumaat lepas.

 
Back
Top
Log in Register