BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Juruterbang Malaysia dikesan bawa dadah ditahan di Indonesia

Polis Kenal Pasti Individu Disyaki Terlibat Kes Juruterbang Seludup Dadah Ke Indonesia​

ad379d87da88b3426b57cb2078424bbb696356500a794

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Polis telah mengenal pasti seorang individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes juruterbang Malaysia yang disyaki menyeludup dadah jenis ekstasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata individu berkenaan yang merupakan antara petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipanggil dalam masa terdekat bagi dirakam keterangan.

“Individu berkenaan merupakan antara petugas yang terlibat membuat saringan di KLIA, kita akan panggil dia untuk soal siasat dan kalau ada keperluan kita akan buat tangkapan,” katanya pada Sidang Media Kejayaan JSJN Selangor di sini hari ini.

Hussein berkata hasil siasatan awal setakat ini mendapati suspek mendapatkan dadah berkenaan di sebuah apartment di Ampang selain siasatan sedang menjurus kepada pelbagai spektrum termasuk aspek keselamatan di pintu masuk lapangan terbang.

“Semakan turut mendapati suspek telah hadir ke KLIA pada pagi dan mendaftar masuk bagasi mengandungi dadah berkenaan dan meninggalkannya di KLIA sebelum terbang ke Kota Kinabalu dan berpatah balik ke Kuala Lumpur dan bertolak ke Jakarta dengan membawa bagasi terbabit,” katanya.

Sementara itu, Hussein berkata pihaknya kini sedang menunggu makluman daripada pihak Polis Republik Indonesia (POLRI) untuk menggerakkan pegawainya ke negara berkenaan bagi sesi soal siasat.

Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

Menurut POLRI, pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.

 
tembak mati weh kalau jatuh hukum
 
Penahanan juruterbang: Kastam Indonesia dedah rakaman CCTV



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Kastam Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) didakwa cuba menyeludup dadah jenis MDMA seberat 26 kilogram (kg) yang disembunyikan dalam bagasinya.

Menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi pihak berkuasa itu, rakaman berkenaan dipercayai menunjukkan proses pemeriksaan terhadap suspek ketika tiba di lapangan terbang berkenaan.

Selain menemui bungkusan disyaki mengandungi dadah seberat 26 kg, pegawai kastam turut menemukan sebotol air kencing yang dipercayai disediakan bagi tujuan memanipulasi atau memalsukan ujian saringan dadah.

Kes itu kini dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan juruterbang itu ditahan di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, selepas petugas Kastam dan Cukai Indonesia mengesan objek mencurigakan dalam bagasi miliknya ketika pemeriksaan mesin pengimbas sinar-X di balai ketibaan antarabangsa.

Pemeriksaan lanjut menemui 14 bungkusan besar mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram, selain satu bungkusan syabu seberat 2.75 gram dan sisa syabu seberat 0.08 gram dalam paip kaca.

Artikel Buletin Tv3


14286119985670637-415491.jpg

14286119985670637-415492.jpg

14286119985670637-415493.jpg

14286119985670637-415494.jpg
 

Lee lam Thye Gesa Semak Prosedur Saringan Di KLIA Susulan Penahanan Juruterbang​

58736106adfff51bb318bb2b46f115fe6a19698349d2e

Tan Sri Lee Lam Thye

Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur saringan keselamatan sedia ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan penahanan seorang juruterbang rakyat Malaysia berhubung kes penyeludupan dadah di lapangan terbang Jakarta.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata walaupun individu berkenaan masih dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah melalui proses undang-undang, insiden itu menimbulkan persoalan serius mengenai protokol keselamatan lapangan terbang.

"Bagaimanakah juruterbang itu dapat melepasi saringan keselamatan di KLIA tanpa dapat mengesan  dadah yang disyaki dibawanya? Insiden ini memerlukan siasatan menyeluruh sama ada terdapat sebarang kelemahan atau kelompangan dalam prosedur saringan keselamatan sedia ada.

"Jika terdapat sebarang kecuaian, perkara itu perlu dikenal pasti dan diperbetulkan segera bagi memelihara integriti serta reputasi sistem keselamatan penerbangan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee menggesa agensi penguatkuasaan berkaitan termasuk pengendali keselamatan lapangan terbang, polis dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam untuk menjalankan semakan menyeluruh terhadap protokol saringan sedia ada, khususnya petugas lapangan terbang dan kru penerbangan bagi memastikan tiada sesiapa dikecualikan daripada prosedur keselamatan yang ketat.

Beliau berkata keyakinan orang ramai terhadap keselamatan penerbangan negara tidak boleh dikompromi, dan mengulangi bahawa prosedur keselamatan yang ketat perlu dilaksanakan secara menyeluruh tanpa sebarang pengecualian.

Juruterbang berusia 39 tahun itu ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

 

Kes Dadah Juruterbang: JSJN Ke Jakarta Siasat Rangkaian Sindiket​

7e7178a51168c610a45e3954d928646e6a7332383fd7c

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Waspada bertajuk Musuh Dalam Senyap: Perangi Dadah, Lindungi Generasi terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama, hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pasukan pegawai penyiasat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ke Jakarta, Indonesia minggu depan.

Penghantaran pasukan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan rangkaian sindiket yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan dadah membabitkan seorang juruterbang Malaysia.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pasukan itu akan berada di Jakarta dari 11 hingga 15 Ogos, bagi membantu melengkapkan siasatan, termasuk mengenal pasti sumber bekalan dadah, kaedah penyeludupan serta kemungkinan kaitan suspek dengan sindiket di Indonesia.

Beliau berkata PDRM akan meneliti dari segi keseluruhan pengedaran dadah ini meliputi sumber bekalan, sindiket yang terlibat, cara dadah itu diperoleh dan cara suspek boleh melepasi tapisan keselamatan di pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta kaitannya dengan sindiket di Indonesia.

“Siasatan itu penting bagi mengenal pasti keseluruhan rantaian pengedaran termasuk kemungkinan penglibatan pihak lain,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Waspada terbitan Bernama Radio, di sini hari ini.

Mengulas kedudukan suspek yang kini berdepan proses undang-undang di Indonesia, Hussein berkata tiada permohonan ekstradisi akan dibuat dan juruterbang tersebut perlu menjalani proses perundangan di negara itu.

“Tak ada (ekstradisi)...kita boleh ambil tahu dan pihak Polis Indonesia (POLRI) akan berkongsi perkembangan kes tetapi dia kena melalui proses undang-undang di negara itu,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang juruterbang berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

Menurut POLRI, pemeriksaan menemukan 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan Methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM45 juta berdasarkan harga pasaran Indonesia.

 
sejak klia bawah pengueusan blackrock sial yahudi musibat.. mcm2 masalah
 
415897-415897.jpg


Siapa Kapten Mohd Saufi?
Dia adalah juruterbang 6 tahun Malaysia Airlines berusia 39 tahun yang baru sahaja ditahan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta! Apa yang menakutkan, ujian urin dia positif dadah jenis kokain, syabu, dan ekstasi semasa dia tengah bawa flight dari KLIA.

1. Rekod Jenayah Lampau: Bukan Kali Pertama


Misi Pertama: Menyeludup dadah ke Sabah, Malaysia.
Misi Kedua: Berjaya menyeludup 7 kilogram syabu terus ke Jakarta.
Misi Ketiga (Kantoi): Membawa 25.19 kg ekstasi (70,114 pil) dan 4 gram syabu ke Jakarta.

2. Terperangkap dalam Koktail Dadah Berat


Metamfetamina (Syabu)
MDMA (Ekstasi)
Kokain

Pihak berkuasa menjumpai baki 4 gram syabu di dalam tas tangan selempang yang dipakainya bersama seragam pilot, yang disahkan adalah untuk kegunaan peribadinya sendiri sepanjang bertugas.

3. Mempertaruhkan Nyawa 170 Penumpang MH727


4. Modus Operandi & "Sindrome Kebal" Laluan Kru

Sebagai kakitangan penerbangan, Mohd Saufi mengalami sindrom terlebih yakin. Dia sengaja menggunakan jalur khas anak kapal (crew lane) di Terminal 3 Kedatangan Antarabangsa Soekarno-Hatta. Dia tersilap langkah apabila menyangka beg pakaian berlabel crew miliknya diletakkan dalam kategori risiko rendah (low risk) dan tidak akan diperiksa secara intensif.


5. Dalang Utama di Malaysia


6. Ancaman Skuad Penembak Mati

Mohd Saufi kini secara rasmi didakwa di bawah Undang-Undang Narkotika Indonesia No. 35/2009 (Artikel 113, 114, dan 132). Memandangkan jumlah rampasan melebihi had kritikal negara tersebut, dia tidak mempunyai ruang rayuan ringan dan kini berhadapan hukuman mati mandatori melalui skuad penembak atau penjara seumur hidup.

Sumber Zach8004
 
Back
Top
Log in Register