BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jurutera Rugi Lebih RM300,000 Terperdaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b53206121e0f1d0bba0ed6b47dd9e50860532eed9bef6


Seorang jurutera lelaki tempatan kerugian RM341,331.19 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan sehingga 500 peratus sebulan, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata mangsa berusia 33 tahun mendakwa melakukan 11 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank dari 21 Okt hingga 19 Nov menggunakan wang simpanannya.

“Mangsa tidak pernah menerima pulangan sepanjang tempoh itu dan sedar ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan untuk nenuntut keuntungan berjumlah RM617,206.95,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan menjanjikan keuntungan luar biasa dalam tempoh singkat, membuat semakan dengan pihak berkuasa dan tidak memberikan maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak tidak dikenali.

 
Back
Top
Log in Register