BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jumpa parasit dalam lauk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Nazieratul Ayu menunjukkan gambar parasit yang ditemui dalam makanan yang dibeli di sebuah kedai di Jalan Siakap, kelmarin
< 1 / 1 >
BAGAN SERAI - Seorang pekerja swasta bersama dua rakannya terkejut apabila menjumpai seekor parasit di dalam kuah masakan yang dibeli di sebuah kedai makan, di sini.

Pengadu, Nazieratul Ayu Mohd Romli, 19 berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, dia bersama dua rakannya pergi ke kedai itu untuk membeli makanan.

Menurutnya, dia mengambil hidangan ikan, telur dan sayur sebelum membungkusnya untuk dinikmati di tempat kerja.

“Sewaktu menikmati hidangan itu, saya terkejut menjumpai seekor serangga seakan-akan kumbang berkaki banyak berada di dalam lauk tersebut.

“Saya segera bertanyakan seorang rakan mengenai jenis serangga itu dan terkejut setelah dimaklumkan ia merupakan seekor parasit yang sering berada dalam mulut ikan,” katanya sewaktu ditemui media, semalam.

Nazieratul Ayu berkata, dia segera mencari maklumat mengenai parasit itu di dalam laman sesawang dan mendapati ia mampu memudaratkan manusia jika dimakan.

Lebih mengecewakan, Nazieratul Ayu turut mendakwa sudah tiga kali menemui parasit di dalam makanan dibeli di premis yang sama.

“Sebelum ini, saya tidak syak apa-apa kerana menyangka ia mungkin rempah masakan.

“Namun, setelah tiga kali berturut-turut menemuinya dalam makanan dibeli ditambah keadaan kakinya yang banyak, saya segera membuat carian di laman sesawang,” katanya.

Nazieratul berkata, penemuan parasit tersebut membuktikan pengusaha kedai makan itu tidak mencuci ikan yang dimasak dengan bersih.

“Ada rakan meminta saya melaporkan perkara itu kepada Persatuan Pengguna Perak (PPP) bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Bagaimanapun, saya menolak hasrat itu dan mengadu pada media agar pengusaha kedai makan tersebut tidak mengulangi perkara yang sama,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/jumpa-parasit-dalam-lauk-1.228264
 
ulat ikan..entah apa nama die
 
Parasit?

Biasa dalam ikan kerisi ada benda nie..
 
saya terkejut menjumpai seekor serangga seakan-akan kumbang berkaki banyak

oh 'kumbang berkaki banyak' la nama die
 
ikan sambilang pun ada ulat ni,tak pasti sama ada ikan makan atau ulat ni jadi parasit.
 
alahai adik buat aduan kat paper bkn dia nk bgtau kedai yg mana satu
 
biasalah parasit ada dalam ikan...kalau dah banyak2 ikan disiang mesti ada yang yang masih tertinggal dlm ikan.
 
alahai kedai mana cik adik oii,jalan siakap sikit punya luas,kedai aku p xda sayur jual,k selamat..
 
tu baru mak dia..blum lagi kandungan telur yng ditelan..ishhhh takut
 
Back
Top
Log in Register